#27 – 3 Perkara Yang Perlu Dielakkan Untuk Berjaya
Pelan Efisien 100 Hari
Perjalanan menuju kejayaan itu bukan memakan masa sehari dua, bahkan berbulan-bulan dan bertahun-tahun lamanya.
Disebabkan itu, ada yang menyebut bahawa bukan mudah untuk mendapat kesenangan dan tiada jalan short-cut untuk menggapainya. Semuanya perlu dilakukan dengan usaha yang sungguh-sungguh dan semangat yang jitu.
Terdapat banyak perkara menarik yang dikongsikan oleh tokoh-tokoh yang telah berjaya sebagai salah satu alat untuk memberi inspirasi kepada kita agar sentiasa kuat menempuh perjalanan kejayaan.
Dan ada beberapa perkara juga yang tidak dilakukan serta akan dielakkan oleh orang-orang yang telah berjaya. Amalan-amalan ini boleh memberi kesan negatif kepada diri sendiri serta perjalanan yang dituju.
Jadi, pelan efisien kali ini akan memperlihatkan kepada anda mengenai 3 perkara yang perlu dielakkan untuk menjadi orang yang berjaya;
#1 – Mudah berputus asa – Ia adalah perkara utama yang perlu dibuang jauh-jauh dari dalam minda anda. Kerana putus asa merupakan salah satu perbuatan yang boleh memotong jalan anda.
Tidak mengapa untuk gagal kerana ia adalah salah satu pengalaman dan proses pembelajaran yang akan memberikan ilmu baharu kepada anda.
Namun, jangan memilih untuk berputus asa seolah-olah kegagalan itu telah menutup ‘pintu-pintu’ anda. Walhal, ada banyak lagi ‘pintu’ yang boleh dicuba.
#2 – Mindset yang selalu negatif – Minda dan pemikiran itu merupakan magnet untuk anda. Jika anda selalu berfikir perkara yang buruk, ia diibaratkan anda sedang menarik negativiti untuk lebih dekat dengan anda.
Jadi, fikirlah yang positif agar setiap apa yang anda lakukan akan dilalui dengan penuh yakin.
#3 – Tidak bertindak – Rancangan dan matlamat sudah ada, namun tidak disusuli dengan tindakan. Ia adalah perkara yang tidak elok.
Jangan bertangguh atau menunggu sehingga ke hari esok untuk memulakannya kerana semakin lama anda bertangguh, semakin banyak halangan yang akan muncul.
Jadi, jom buang perkara-perkara ini dari diri kita dan mulalah sekarang dengan penuh yakin untuk menempuh kejayaan.
#Menuju2021
#PE1H
The post #27 - 3 Perkara Yang Perlu Dielakkan Untuk Berjaya first appeared on Tazkirah.
No comments: