Ads Top

#25 – Bentuk Keluarga Bahagia Dengan Ucapan Terima Kasih

Pelan Efisien 100 Hari

Terima kasih, sebuah ucapan yang nampak ringkas, namun boleh memberi kesan yang besar buat penerimanya.

Ia adalah sebuah bentuk ucapan yang menunjukkan tanda penghargaan ke atas perbuatan seseorang.

Walaupun ucapannya terlihat ringkas, namun tidak semua orang ringan mulut untuk meluahkannya.

Hal ini kerana, ada sesetengah dari kita yang berfikiran bahawa ia adalah tidak penting atau perkara itu mungkin sudah biasa dilakukan.

Padahal, jika diamati ia adalah salah satu bentuk moral yang perlu diterapkan dalam diri setiap insan untuk menunjukkan bahawa pentingnya menghargai usaha dari orang sekeliling walaupun ia terlihat kecil.

Dan perkara ini perlulah diterapkan bermula dari rumah lagi. Ibu bapa memainkan peranan untuk mendidik anak-anak dalam menjadikan mereka generasi yang sentiasa peka dengan sekeliling.

Bagaimana untuk mendidik mereka dengan ucapan terima kasih?

#1 – Ucap terima kasih di atas setiap perbuatan baik yang anak anda lakukan.

#2 – Biasakan ucapan terima kasih sesama pasangan agar anak-anak anda boleh meneladani perkara tersebut.

#3 – Jika anak anda melakukan kesalahan, tegur mereka terlebih dahulu agar perkara itu dapat diubah. Kemudian ucaplah terima kasih kepada mereka kerana berjaya menjadi yang lebih baik.

#4 – Ajar mereka membeli supaya boleh berkomunikasi dengan peniaga dan dapat menerapkan ucapan terima kasih kepada mereka.

#5 – Didik mereka untuk mengucapkan terima kasih kepada sesama adik-beradik dan ahli keluarga lain.

#6 – Sebelum tidur, ingatkan mereka tentang perkara baik yang terjadi hari ini dan latih mereka untuk ucapkan terima kasih kepada tuhan. Perkara ini yang paling penting untuk didik sikap syukur dalam diri mereka.

Jadi, sudahkah anda mengucapkan terima kasih kepada anak-anak anda hari ini?

#Menuju2021
#PE1H

The post #25 - Bentuk Keluarga Bahagia Dengan Ucapan Terima Kasih first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.