#20 – Cabaran Terbesar Untuk Berjaya Adalah Diri Sendiri, Ini Tips Mengatasinya
Pelan Efisien 100 Hari
Kenapa kita ingin berjaya? Adakah disebabkan oleh pengaruh orang sekeliling atau disebabkan kita tahu apa yang ingin dicapai, jadi kita mengambil keputusan untuk mengorak langkah?
Setiap dari kita pasti mempunyai keiginan untuk berjaya dalam apa jua bidang dan langkah yang diceburi.
Ada yang membuat keputusan untuk diet, jadi pastilah dia menginginkan keputusan yang memuaskan.
Ada yang memilih untuk memulakan perniagaan bagi mengubah kehidupan yang dilalui serta boleh menjadi hartawan yang mampu membantu orang sekeliling. Jadi, pastinya matlamat itu yang dikejar.
Namun, tak semua orang boleh kekal bermotivasi setiap hari. Kalau dilihat kepada kisah-kisah inspirasi dari insan yang berjaya, pasti ada yang menyebut – “Bukan mudah untuk kekal bermotivasi sepanjang hari, apatah lagi setiap hari.”
Mengapa motivasi yang disebutkan? Kerana ia merupakan salah satu alat yang boleh membantu minda untuk sentiasa memandang ke hadapan dan fokus kepada matlamat yang ditetapkan.
Dan salah satu motivasi yang perlu ada dalam diri adalah dengan sentiasa yakin dan percaya kepada diri sendiri.
Ilmu untuk yakin itu perlu ada. Wah, susah juga nak berjaya ya? Istilah yang tepat bukanlah susah untuk berjaya, tetapi perjalannya diuji.
Diuji dengan diri sendiri, itulah yang paling ditakuti. Sebab diri sendiri yang boleh membangunkan anda dan diri sendiri juga yang boleh menjatuhkan anda.
Berbalik kepada ilmu untuk menjadi yakin, apakah ia? Ilmu itu boleh datang dalam pelbagai bentuk sama ada dengan pengalaman atau berguru. Kerana konsepnya yang luas menjadikan ia tidak terbatas dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.
Antara tips untuk memperoleh ilmu yakin adalah dengan;
#1 – Sentiasa membaca kisah-kisah inspirasi dari tokoh-tokoh yang telah berjaya. Pasti setiap jatuh bangun mereka boleh top-up sentiasa semangat anda.
#2 – Berguru dengan mentor yang pakar dalam bidang yang anda minati. Jika anda menceburi bidang perniagaan, pastikan guru anda itu juga arif dan pakar dalam bidang tersebut.
#3 – Gunakan teknik yang betul untuk mengatur strategi anda. Anda mungkin pernah mendengar mengenai ungkapan yang menyebut; “Work smart, not work hard.”
Usaha keras sahaja tidak cukup, yang paling penting ialah gunakan otak anda untuk mengatur strategi dengan bijak.
Sentiasa ingat bahawa hanya anda yang boleh meletakkan batas terhadap diri anda. Jika anda yakin untuk mencapai sesuatu, maka bekerjalah dengan bijak untuk mencapainya.
Wallahu a’alam.
#Menuju2021
#PE1H
The post #20 - Cabaran Terbesar Untuk Berjaya Adalah Diri Sendiri, Ini Tips Mengatasinya first appeared on Tazkirah.
No comments: