Ads Top

(Video)Terperosok Bawah Kereta Akibat Kemalangan, Orang Ramai Bersatu Angkat Kereta Tak Sampai 3 Minit

Semangat kerjasama serta tolong menolong tanpa mengira nama, pangkat mahu pun bangsa adalah suatu nilai murni yang amat dipuji.

Seperti yang dikongsikan menerusi akaun Twitter agensi berita China Xinhua ini, semangat kerjasama itu dapat dilihat di dalam satu video yang terjadi di Nanjing, timur China.

Menurut China Xinhua News, seorang warga emas yang menaiki basikal elektrik telah terbabit dalam satu kemalangan yang telah mengakibatkannya terperosok dan tersekat di bawah sebuah kenderaan.

Susulan daripada itu, pemandu kenderaan serta orang awam di tempat kejadian segera menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

Menyedari bahawa lelaki itu tersekat di bawah kereta tersebut, mereka cuba untuk membantu mangsa yang tersekat di bawah kereta berkenaan.

Pun begitu, mereka tidak berdaya kerana tidak cukup tenaga untuk mengangkat kereta itu.

Prihatin terhadap nasib lelaki itu, orang awam yang berada di tempat kejadian tampil menghulurkan bantuan.

Semakin lama, semakin ramai yang mula berkumpul untuk membantu mengangkat kereta tersebut supaya lelaki itu dapat dikeluarkan.

Menurut Xinhua, tindakan pantas yang dilakukan oleh orang awam tersebut dalam menyelamatkan warga emas berkenaan hanya mengambil masa selama 110 saat sahaja.

Mangsa terus dihantar ke hospital untuk dirawat dan dilaporkan sedang berada dalam keadaan stabil, lapor Xinhua.

Sumber: China Xinhua News

The post (Video)Terperosok Bawah Kereta Akibat Kemalangan, Orang Ramai Bersatu Angkat Kereta Tak Sampai 3 Minit appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.