(Video) Ratusan Ikan Paus Dilapor Tersangkut Berdekatan Pantai Tasmania, Kira-Kira 25 Ekor Dipercayai Telah Mati
Sebanyak lebih kurang 270 ikan paus dilaporkan tersangkut di dua tebing pasir dan satu pantai berhampiran Pelabuhan Macquarie, pantai barat Tasmania.
Menurut BBC, sekurang-kurangnya 25 ekor paus dipercayai telah mati sementara ahli pemuliharaan melakukan kerja-kerja menyelamat di lokasi berkenaan.
Misi tersebut dijadualkan bakal bermula pada pagi Selasa untuk membebaskan paus yang tersangkut.
Pasukan pemulihataan laut Tasmania dilaporkan telah menilai status kesihatan ikan paus yang terdampar di tiga lokasi berhampiran Macquarie hari ini.
Menurut Nic Deka, pengawal kejadian dari Jabatan Industri Primer, Taman, Air dan Persekitaran Tasmania, keadaan paus di dalam air berkenaan sukar untuk dipastikan.
“Mereka di dalam air. Sukar untuk memastikan berapa banyak yang telah mati atau keadaan mereka.”
Tasmania dikenali sebagai lokasi yang sering dikunjungi paus yang berulang alik ke Antartika. Pun begitu, kejadian ini dilaporkan pertama kali berlaku selepas sekurang-kurangnya 10 tahun.
Susulan itu, pihak polis menggesa orang ramai agar menjauhkan diri dari lokasi berkenaan di samping meninggalkan tanjakan bot tempatan bagi pasukan penyelamat.
There is a race against time to save around 270 whales who have become stuck on two sand banks and a beach off the coast of Tasmania
At least 25 whales are thought to have already died as conservationists begin the huge rescue operationhttps://t.co/YCLwBY2C9G pic.twitter.com/dinmNIGRBY
— BBC News (World) (@BBCWorld) September 21, 2020
Hundreds of whales stranded in shallow water off Tasmania pic.twitter.com/nxdSY5kgML
— The Sun (@TheSun) September 21, 2020
Sumber: BBC, The Guardian
The post (Video) Ratusan Ikan Paus Dilapor Tersangkut Berdekatan Pantai Tasmania, Kira-Kira 25 Ekor Dipercayai Telah Mati appeared first on Siakap Keli.
No comments: