(Video) Gelagat Lucu Oyen ‘Marahkan’ Pintu Pagar Gara-gara Perut Boyot Tersangkut
Gelagat si bulus jarang sekali tak menghiburkan. Tak kira gelagatnya disebabkan kenakalan atau kecuaian, tindakan haiwan ini sering mewarnai hari para pencinta haiwan.
Umum mengetahui sifat kucing yang boleh memuatkan diri ke dalam pelbagai ruangan kecil tanpa permasalahan. Namun, sepertimana tupai yang pandai melompat pun boleh jatuh ke tanah, kucing juga ada hari malangnya.
Dalam satu video tular di Twitter, kelihatan seekor kucing berwarna oren yang agak gempal cuba memasuki pagar melalui ruangan jeriji besi.
Nasib tidak menyebelahi oyen apabila perutnya tersangkut, membuatkan si comel itu teranjak ke hadapan hingga tersembam ke dinding. Marah gara-gara ‘teraniaya’, si comel itu terus ‘menyergah’ pagar berkenaan.
Kesian oyen.
ไอ้เจ้าประตู แกทำให้ฉันดูแย่!! pic.twitter.com/Psxid5o5Vp
— ชิบะของน้องแชง (@Mew_CG) September 1, 2020
Sumber: Twitter
The post (Video) Gelagat Lucu Oyen ‘Marahkan’ Pintu Pagar Gara-gara Perut Boyot Tersangkut appeared first on Siakap Keli.
No comments: