Ads Top

Tan Sri Syeikh Ghazali Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Dan Sivil Baharu

Kerajaan telah merombak, meneliti dan menyusun semula keanggotaan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dengan lantikan Tan Sri Sheikh Ghazali bin Hj. Abdul Rahman sebagai Pengerusi yang baharu.

Beliau yang merupakan bekas Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie bakal mengetuai sembilan lagi anggota lain.

Bersempena dengan penamatan keanggotaan Jawatankuasa Teknikal pada 15 Ogos 2020, kerajaan telah membuat lantikan baharu dengan membawa ahli-ahli yang pakar dan berpengalaman luas. Ia meliputi Hukum syarak, undang-undang syariah atau undang-undang sivil.

Lantikan ini mengambil kira tokoh yang berintegriti, komited dan dihormati di pelbagai peringkat. Ia adalah untuk berupaya memperkasakan kewibawaan Jawatankuasa Teknikal sekaligus memartabatkan kedudukan undang-undang syariah di Malaysia.

Antara yang turut dilantik adalah:

#1 – YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Monir bin Yaacob: Bekas Profesor, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

#2 – YBhg. Dato’ Dr. Hj. Hassan bin Hj. Ab Rahman: Bekas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya

#3 – YBhg. Prof Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin: Profesor Undang-Undang, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

#4 – YBhg. Dato’ Hj. Zainul Rijal bin Abu Bakar: Peguambela dan Peguamcara, Peguam Syarie dan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

#5 – YBhg. Dato’ Haji Muhammad Asri bin Abdullah: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan bekas Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.

#6 – YBhg. Dato’ A. Aziz bin A. Rahim: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan bekas Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Malaysia

#7 – Y.A. Dato’ Mohamad Shakir bin Abdul Hamid: Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

#8 – YBhg. Prof. Datin Dr. Raihanah binti Hj. Abdullah: Professor Syariah, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam merangkap Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

#9 – Puan Rodziah binti Muhammad: Peguambela dan Peguamcara dan bekas Timbalan Ketua Bahagian Syariah & Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara.

Lantikan baharu ini telah berkuat kuasa pada 16 Ogos 2020 sehingga 15 Ogos 2023.

Sumber:
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri




No comments:

Powered by Blogger.