Ads Top

Tular Video Lelaki Dipercayai Peragut Kena ‘Flying Kick’, Jatuh Motosikal Sebelum ‘Dibelasah’

peragut kena belasah

Seorang penunggang motosikal telah dibelasah orang ramai setelah dirakam meragut beg tangan seorang wanita didakwa di Johor Bahru hari ini.

Dalam video tular, kelihatan seorang wanita cuba melintas jalan sebelum secara tiba-tiba beg tangannya direntap oleh seorang penunggang motosikal berbaju biru.

Akibat rentapan itu, motosikal ditunggang suspek sedikit lelong, membuatkannya tersungkur ke atas jalan.

Balasan dibayar tunai, suspek yang sempat bangun untuk melarikan diri sekali lagi terjatuh selepas ditendang seorang saksi di tempat kejadian.

Suspek kemudiannya didatangi orang awam yang bertindak mengerumuni dan memukulnya.

Beberapa minit kemudian, kelihatan pelaku bangun untuk menaiki motosikal sebelum dibelasah semula oleh orang ramai sebelum polis tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

Seorang saksi sempat dirakam berlari dan menendang suspek

Polis tiba di tempat kejadian

Sumber: Wise Lee

The post Tular Video Lelaki Dipercayai Peragut Kena ‘Flying Kick’, Jatuh Motosikal Sebelum ‘Dibelasah’ appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.