Ads Top

Bikin Kejutan… Zahirah MacWilson Umum Kini Hamil Enam Bulan

Setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh bulan, pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson bakal dikurniakan cahaya mata.

Berita gembira tersebut telah diumumkan sendiri oleh Zahirah menerusi gambar yang dibuat naik di laman Instagram miliknya.

“6 months of growing our little love. Mommy & Daddy can’t wait to meet you,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, Aiman menerusi Instagram miliknya juga turut meluahkan rasa terujanya apabila bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

“So excited to meet this little person who is half me and half the one I Love. Alhamdullilah,” ujarnya.

Ternyata perkara tersebut mengejutkan ramai terutamanya peminat, namun pada masa sama rata-ratanya turut mengucapkan tahniah.

Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Zahirah MacWilson

The post Bikin Kejutan… Zahirah MacWilson Umum Kini Hamil Enam Bulan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.