Ads Top

Tukar Rutin Untuk Jadikan Hari Anda Lebih Menarik

Sesekali anda pasti merasakan bahawa hidup anda dilanda jemu dan bosan. Rutin yang sama dilakukan setiap hari dan tiada apa-apa yang menarik berlaku. Bagi anda yang inginkan kelainan dan ingin menambah sedikit perencah ke dalam hidup, 7 perkara ini bukan boleh dilakukan.

#1- Rancang Hari Anda Lebih Awal

Apabila anda merancang hari anda lebih awal, anda dapat rasakan perbezaan daripada segi produktiviti hari yang dilalui. Lebih banyak perkara yang boleh dilakukan dan hari anda dapat bermula dengan lebih tenang.

Anda boleh merangka beberapa perkara pada malam sebelumnya atau pada pagi selepas anda selesai menunaikan solat Subuh. Tidak perlu terlalu rinci, cukup sekadar menyenaraikan beberapa perkara penting supaya minda ada lebih bersedia.

#2- Ucap Selamat Pagi Kepada Ibu Bapa Atau Rakan

Mulakan hari anda dengan ucapan yang baik kepada orang di sekeliling. Anda boleh menghantar mesej seperti ucapan selamat pagi atau ucapan selamat agar hari mereka berjalan dengan baik.

Selain itu, anda juga boleh mengucapkan selamat pagi kepada orang-orang yang anda jumpai dalam perjalanan.

#3- Masak Untuk Bawa Bekal Ke Kelas Atau Tempat Kerja

Jika selama ini anda hanya membeli hidangan makan pagi atau makan tengah hari, apa kata hari ini bangun lebih awal untuk memasak. Tidak perlu resepi yang susah, bimbang pula terlambat. Cukup dengan mencuba resepi mudah dan sesuai dengan selera anda.

#4- Senyum Kepada Orang Yang Anda Jumpa

Melihat orang tergesa-gesa berjalan dan merenung skrin telefon pintar dalam perjalanan ke tempat kerja bukan perkara yang pelik. Apa kata pecahkan rutin tersebut dengan hanya memberi senyuman nipis kepada orang yang anda jumpa. Mereka mungkin akan berasa pelik, tapi percayalah mereka akan rasa hari mereka lebih ceria.

#5- Mandi Dengan Air Hangat Sebelum Tidur

Setelah seharian penat bekerja, sangat mudah untuk mengenepikan penjagaan diri sebaik tiba ke rumah. Yang anda mahukan hanya merebahkan diri di atas katil dan menatal skrin, menonton video-video yang lucu untuk menghilangkan rasa stres dan penat.

Tetapi penting untuk menjaga badan dalam keadaan stres dan letih. Salah satu caranya adalah mandi dengan air hangat kira-kira 90 minit sebelum tidur. Ia dapat membantu anda merehatkan otot badan dan memudahkan anda tidur pada waktu malam.

Kesimpulan

Banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk menjadikan hari anda lebih berkualiti dalam masa sama menarik. Anda boleh bereksperimen dengan mencuba perkara-perkara baru yang jarang-jarang anda lakukan. Selamat mencuba!

The post Tukar Rutin Untuk Jadikan Hari Anda Lebih Menarik first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.