Pandangan Ibnu Abbas Tentang Syirik Dalam Niat
Apabila kita menyingkap sirah Nabi Nuh, iaitu nabi yang ketiga, kita mengetahui bahawa selepas banjir besar yang berlaku, semua umat yang ingkar kepada Allah telah tenggelam, yang tinggal adalah yang beriman dan percaya kepada dakwah yang dibawakan.
Namun, setelah sekian lama sehinggalah kepada zaman Nabi Hud, ada dalam kalangan manusia yang kembali ingkar dan mula menyembah berhala.
Mengapa ini boleh terjadi? Salah satu sebabnya adalah kerana bisikan syaitan dan hasutannya untuk menyesatkan manusia.
Nabi Hud diutus untuk menyampaikan dakwah bagi mengembalikan jalan hidup mereka kepada Allah, namun hanya beberapa sahaja yang menerima ajaran tersebut.
Kita melihat kisah syirik dan berpaling dari Allah ini telah berlaku sejak zaman nabi-nabi yang terawal lagi.
Apabila kita belajar mengenai syirik, ia adalah dosa yang sangat besar dan tidak akan diampuni Allah melainkan jika dilakukan taubat nasuha, iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulanginya lagi.
Itu adalah syirik yang kita boleh nampak dengan mata kasar. Namun, tahukah anda syirik yang tidak boleh dilihat itu adalah lebih berbahaya dan perlu berhati-hati dengannya.
Syirik Dalam Niat Dan Tujuan
Syirik itu ada pelbagai jenis. Yang kita boleh nampak adalah dengan menyembah sesuatu selain dari Allah, memohon pertolongan kepada makhluk seperti haiwan atau tumbuhan dan mempercayai bahawa makhluk juga mempunyai kuasa.
Namun, kita perlu lebih berhati-hati dengan hati kita sendiri. Kenapa? Kerana pada hati kitalah setiap kebaikan dan keburukan boleh datang.
Jika kita melakukan sesuatu bukan kerana Allah, itulah yang boleh mendatangkan penyakit hati.
Syirik yang samar-samar dan tidak jelas apabila perkara kebaikan yang kita ingin lakukan itu adalah kerana ingin menunjuk dan riak.
Ibadah mahupun setiap pahala yang kita ingin kumpul adalah untuk dunia semata-mata.
Inilah yang dibahaskan secara panjang lebar oleh ulama-ulama terdahulu seperti Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa syirik ini adalah pada niat dan tujuan.
Maksud: “Demi Allah dan hidupmu wahai fulan, kalau bukan kerana anking kecil orang ini, tentu kita didatangi pencuri-pencuri itu atau kalau bukan kerana angsa yang ada di rumah ini, tentu datang pencuri-pencuri itu dan juga ucapan seseorang kepada kawannya; “Kalau bukan kerana Allah dan kerana fulan.”
Dan beliau berkata: “Janganlah engkau menjadikan si fulan (sebagai sekutu bagi Allah) dalam ucapan-ucapan tersebut. Semua ucapan ini adalah perbuatan syirik.” (Kitab Tauhid, Syeikh Muhammad At-Tamimi)
Kita perlu faham bahawa setiap perbuatan kita adalah dilakukan kerana Allah. Sama ada perbuatan itu adalah yang besar mahupun kecil, semuanya perlu diniatkan untuk Allah.
Apabila kita meniatkannya untuk didengar atau dilihat oleh manusia, itu sudah menjadi sesuatu yang sia-sia kerana kita tidka ikhlas untuk Allah.
Dan inilah yang dinamakan sebagai riak dalam perbuatan. Bimbang jika setiap perkara yang kita lakukan itu tidak dikira oleh Allah dan dicatat sebagai pahala.
Kesimpulan
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita mungkin pernah meniatkan sesuatu bukan kerana Allah.
Atau mungkin juga kita sedar tetapi kita tidak tahu bahawa ia adalah sebuah kesalahan yang besar dan perlu diperbaiki.
Namun, Allah itu Maha Pengampun dan Pengasihani. Jadi, sebagai hambaNya yang sentiasa mengharapkan rahmat dariNya, kita perlu bertaubat kepadaNya.
Baca juga:
Kisah Syirik oleh Umat Nabi Hud
Rujukan:
Rumaysho.com
The post Pandangan Ibnu Abbas Tentang Syirik Dalam Niat first appeared on Tazkirah.
No comments: