Ads Top

Sebanyak 98% Permohonan Moratorium Lanjutan & Bantuan Bank Secara Bersasar Diluluskan

Orang ramai yang masih belum membuat permohonan lanjutan moratorium diseru untuk membuat permohonan segera sebelum moratorium automatik berakhir hujung September ini, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi siaran langsung Perutusan Khas Kita Prihatin, beliau meminta orang ramai yang masih belum memohon untuk berbuat demikian dengan menghubungi institusi perbankan masing-masing.

”Oleh itu, memandangkan moratorium automatik bakal berakhir hujung September ini, saya menyeru orang ramai yang masih belum memohon untuk segera menghubungi institusi perbankan masing-masing untuk membuat permohonan,” kata beliau.

Jelas Muhyiddin, setakat ini sebanyak 98 peratus permohonan moratorium lanjutan dan bank bersasar telah diluluskan.

”Pada bulan Julai yang lalu, saya juga telah mengumumkan Moratorium Lanjutan dan Bantuan Bank Secara Bersasar.

”Sehingga 11 September, institusi perbankan telah berbincang dengan lebih 1.4 juta peminjam, dan lebih 380 ribu peminjam telah mengesahkan yang mereka benar-benar memerlukan bantuan ini.

”Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa 98 peratus permohonan moratorium lanjutan dan bank bersasar telah diluluskan,” kata beliau.

Pada masa yang sama, Muhyididn berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan terkini dan akan memastikan institusi perbankan memainkan peranan untuk membantu rakyat dan perniagaan yang benar benar memerlukan dalam menghadapi tempoh yang mencabar ini.

[LANGSUNG] – Perutusan Khas Kita Prihatin oleh PM Tan Sri Muhyiddin Yassin | 23 Sept 2020

[LANGSUNG] – Perutusan Khas Kita Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin | 23 Sept 2020

Posted by Bernama TV on Tuesday, September 22, 2020

Sumber:  Siaran Langsung Perutusan Khas PM

The post Sebanyak 98% Permohonan Moratorium Lanjutan & Bantuan Bank Secara Bersasar Diluluskan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.