Ads Top

Kebenaran Menunaikan Umrah Bergantung Kepada Nasihat Dari MKN & KKM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengumumkan bahawa keputusan untuk rakyat Malaysia dibenarkan menunaikan umrah atau tidak, bergantung kepada nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hal itu berikutan kerajaan Arab Saudi yang telah membenarkan semula ibadat umrah bermula 4 Oktober ini selepas hampir 7 bulan menangguhkan ibadat tersebut.

Menerusi sebuah kenyataan yang telah diterbitkan oleh Saudi Press Agency, seramai 6000 orang penduduk Arab Saudi akan dibenarkan menunaikan umrah sebagi permulaan dan bilangan tersebut akan bertambah secara berperingkat.

Manakala, jemaah dari luar negara pula dibenarkan menunaikan ibadat tersebut bermula 1 November.

Bagaimanapun, Datuk Seri Dr Zulkifli menyebut bahawa keputusan untuk rakyat Malaysia menunaikan umrah juga adalah bergantung kepada respon daripada Arab Saudi juga dan akan dirujuk bersama MKN. Jika mendapat keputusan yang positif, Prosedur Operasi Standard (SOP) akan digubal.

“Sebab, kita tidak mahu akan berlaku kluster umrah pula. bila kluster umrah ini, macam-macam pula akan timbul nanti,” katanya pada sidang media selepas perasmian Seminar Penipuan Umrah di Putrajaya.

The post Kebenaran Menunaikan Umrah Bergantung Kepada Nasihat Dari MKN & KKM first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.