Kerajaan Arab Saudi Membenarkan Umrah Secara Berperingkat Bermula Oktober Ini
Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa umrah akan dibenarkan secara berperingkat bermula Oktober hadapan. Hal ini diumumkan setelah 7 bulan ibadah umrah ditangguhkan berikutan Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Kebenaran mengerjakan umrah ini mempunyai empat peringat:
Peringkat pertama, kebenaran diberikan kepada penduduk yang berada dalam Arab Saudi sahaja bermula 17 Safar 1442 Hijrah iaitu 5 Oktober 2020, pada kadar 30 peratus bersamaan 6000 orang jemaah pada satu-satu hari.
Peringkat kedua, seramai 15,000 jemaah umrah dan 40,000 pengunjung dibenarkan dalam satu hari bermula 18 Oktober bersamaan 1 Rabiulawal 1442 Hijrah. Pada peringkat kedua ini, jemaah dan pengunjung daripada luar kawasan Arab Saudi, dan negara yang dinilai tidak berisiko tinggi dengan kes Covid-19 akan mula dibenarkan masuk secara berperingkat.
Peringkat ketiga yang bermula 1 November 2020, umat Islam daripada dalam dan luar Arab Saudi dibenarkan mengerjakan umrah, ziarah dan berkunjung ke sana dengan kapasiti 20,000 jemaah umrah dan 60,000 pengunjung dalam sehari.
Pada peringkat keempat, kebenaran mengerjakan umrah dibuka kepada semua umat Islam dari dalam dan luar Arab Saudi dengan kapasiti sebenar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Keempat-empat peringkat ini akan berjalan seiring dengan pengambilan langkah keselamatan bagi mengelakkan penularan Covid-19.
Menurut pihak Arab Saudi lagi, permohonan mengerjakan umrah akan diuruskan melalui sebuah aplikasi yang akan dilancarkan oleh Menteri Haji Dan Umrah Arab Saudi kelak.
The post Kerajaan Arab Saudi Membenarkan Umrah Secara Berperingkat Bermula Oktober Ini first appeared on Tazkirah.
No comments: