Ads Top

Gambar Diguna Tanpa Kebenaran, Imam Muda Asyraf Buat Laporan Polis

Terkilan gambarnya digunakan sebagai daya penarik tanpa kebenaran untuk iklan pelaburan, pendakwah Imam Muda Asyraf telah membuat satu laporan polis hari ini.Asyraf menerusi Instagram miliknya menyatakan dia pada mulanya enggan peduli dengan iklan pelaburan yang menggunakan wajahnya di dalam iklan tersebut.

“Sudah banyak kali sebenarnya gambar saya digunakan pihak tidak bertanggungjawab di dalam iklan mereka. Memang saya tidak pedulikan pada mulanya.

“Namun apabila memikirkan nasib mereka yang tertipu, mak cik, pak cik di kampung yang melabur tanpa tahu kesahihannya membuatkan saya ambil keputusan untuk membuat laporan polis,” katanya.

Menerusi Instagram miliknya, dia turut menyertakan beberapa keping gambar iklan syarikat pelaburan telah secara terang-terangan menggunakan gambarnya serta beberapa pendakwah lain bagi tujuan pengiklanan di media sosial.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat Asyraf di Balai Polis Bandar Baru Bangi dan dia juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu.

> Baca: Peguam Jelaskan Balu Arwah Abam Tidak Saman Ibu Mentua

Menurut Asyraf lagi, dia juga berharap agar orang ramai supaya berhati-hati dengan sebaran mesej Facebook seumpamanya.

“Bukan sekali dua, tetapi terlalu banyak iklan yang menggunakan gambar saya dalam pebagai akaun berlainan. Saya harap spaya perkara ini dapat dibendung oleh pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, ini bukan kali pertama gambar selebriti terkenal digunakan dalam pengiklanan sesuatu syarikat tanpa kebenaran.

Sebelum ini, beberapa selebriti tempatan seperti Nourul Depp, Azhan Rani, Shuib dan Nina Iskandar antara yang pernah menyuarakan perkara ini. – KopiPlanet.com

The post Gambar Diguna Tanpa Kebenaran, Imam Muda Asyraf Buat Laporan Polis appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.