Bolehkah Menjual Babi Yang Ditangkap Dari Kebun
Umum mengetahui bahawa anjing dan babi merupakan salah satu najis yang tergolong dalam kalangan najis berat. Maka, setiap apa yang terlibat dengannya sama ada dalam bentuk makanan, najisnya atau campuran darinya adalah haram dan tidak boleh digunakan.
Jika tersentuh kedua binatang ini, maka wajib ke atas umat Islam untuk membasuhnya dengan basuhan air tanah dan air biasa bagi menghilangkan najis itu.
Adapun, kita melihat kenajisannya yang menyebabkan kaum muslim tidak boleh mendekatinya, namun adakah boleh memperjual beli babi sama ada dalam bentuk yang sudah diproses atau tidak?
Dalam hal ini, kita perlu melihat kepada konsep dan prinsip jual beli sendiri yang telah digariskan oleh syarak.
Hukum jual beli itu adalah halal selagi ia tidak mengandungi penipuan, perkara yang haram dan hendaklah berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.
Kita juga perlu melihat bahawa konsep jual beli juga bukanlah sekadar mendapat keuntungan semata-mata, namun untuk memperoleh reda Allah juga.
Berkenaan dengan menjual babi yang ditangkap kepada orang bukan Islam atau menjual daging yang tidak halal seperti daging babi atau anjing, para fuqaha berpendapat bahawa ia adalah tidak halal.
Hal ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang telah diriwayatkan, iaitu:
Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙˆَرَسُولَÙ‡ُ ØَرَّÙ…َ بَÙŠْعَ الْØ®َÙ…ْرِ ÙˆَالْÙ…َÙŠْتَØ©ِ ÙˆَالْØ®ِÙ†ْزِيرِ ÙˆَالأَصْÙ†َامِ
Maksud: “Sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan jual beli khamar, bangkai, babi dan patung.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2236)
Jumhur ulama meletakkan prinsip bahawa kenajisan benda-benda yang dilarang syara’ adalah pada najisnya. Maka, larangan untuk menjual beli babi mahupun perkara-perkara najis yang lain adalah bergantung kepadanya.
Ulama mazhab Maliki, Syafi’e dan Hanbali melihat keharamannya kerana hukum asal sesuatu perkara itu adalah haram, maka proses jual belinya adalah haram.
Justeru, jika anda menangkap babi yang berkeliaran di kebun mahupun kawasan rumah anda, perlu difahami bahawa tidak boleh menjualnya walaupun kepada bukan Islam. Jual beli tersebut adalah tidak sah dan hasilnya juga adalah haram.
Adapun, jika sudah memasang perangkap untuk menangkap babi tersebut bagi menghalang mereka daripada terus merosakkan tanaman atau mengganggu kawasan anda, maka boleh sahaja diuruskan dengan cara yang lain seperti memberikan haiwan itu kepada orang bukan Islam atau boleh membuat aduan kepada mana-mana pihak berwajib bagi membantu menangani masalah itu.
Rujukan:
Rumaysho.com
Mufti Wilayah Persekutuan
Kajian Hukum Jual Beli Barang Terlarang
The post Bolehkah Menjual Babi Yang Ditangkap Dari Kebun first appeared on Tazkirah.
No comments: