Ayat Al-Quran Hilang Dari Mushaf Salah Satu Tanda Kiamat?
Baru-baru ini, sedikit hangat di Twitter berkenaan gambar ayat Al-Quran yang hilang daripada muka surat Al-Quran itu.
Perkara ini menimbulkan kekecohan netizen dan ada yang beranggapan bahawa ia adalah peringatan daripada Allah untuk hambaNya agar tidak lupa untuk mentaatiNya.
Sebenarnya, perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, bahkan kisah-kisah ayat Al-Quran yang pernah hilang daripada Al-Quran juga telah banyak kali berlaku.
Namun, perkara ini hangat diperkatakan sekejap sahaja. Lama-kelamaan ia akan hilang di bibir dan ingatan manusia sehinggalah akan timbulnya isu baru yang seakan sama dengannya.
Apabila ia masih hangat diperkatakan, ada yang mengaitkan ia dengan salah satu tanda kiamat. Persoalannya di sini ialah adakah kita semua hanya mengingati kiamat apabila terjadinya isu-isu seperti ini?
Sedangkan, saban hari kehidupan kita semakin dekat dengan kematian mahupun kiamat. Jika kematian tidak datang dulu, pasti kiamat yang akan menjengah. Kedua-duanya adalah perkara yang pasti akan berlaku.
Namun, manusia itu sikapnya mudah lupa dan alpa dengan kehidupan ini. Disebabkan itu Allah menurunkan peristiwa-peristiwa sebagai peringatan kepada kita agar tidak leka.
Dan itu semua adalah bergantung kepada kita semua untuk mengintepretasikan peringatan itu sama ada dalam bentuk perkara biasa yang akan terjadi atau sebagai peringatan.
Al-Quran Dihilangkan Tanda Kiamat
Sebenarnya, memang benar bahawa salah satu tanda kiamat adalah ayat Al-Quran akan dihilangkan sedikit demi sedikit dari mushaf. Ini adalah berdasarkan beberapa dalil yang menyebut mengenainya. Antaranya;
ÙˆَÙ„َئِÙ† Ø´ِئْÙ†َا Ù„َÙ†َØ°ْÙ‡َبَÙ†َّ بِالَّØ°ِÙŠ Ø£َÙˆْØَÙŠْÙ†َا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ Ø«ُÙ…َّ Ù„َا تَجِدُ Ù„َÙƒَ بِÙ‡ِ عَÙ„َÙŠْÙ†َا ÙˆَÙƒِيلًا
Mafhum: “Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya.” (Surah Al-Isra’, 17:86)
Imam Al-Qurthubi menyebut bahawa Al-Quran itu datang dari Allah. Ia adalah wahyu yang telah diturunkan Allah kepada hambaNya. Maka, Dia juga berhak menghilangkannya.
Seperti mana manusia yang datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Ia adalah salah satu perkara yang perlu diingati sentiasa.
Tetapi, janganlah hanya mengingati kiamat atau kematian hanya apabila berlakunya kisah-kisah seperti ini.
Seharusnya, perkara yang perlu dekat dengan hati manusia adalah perihal kematian dan alam akhirat kerana ia secara tidak langsung boleh memandu kehidupan kita ke arah yang lebih baik dan diredai.
Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan
No comments: