Anjing ‘Menangis’ Setelah Didakwa Dipaksa Makan Pedas Sewaktu ‘Live Stream’
Seekor anjing jenis German shepherd didakwa telah dipaksa oleh pemiliknya untuk memakan semangkuk cili semasa live-stream dan membangkitkan kemarahan warganet di China.
Video yang telah tular di media sosial itu memaparkan anjing tersebut sedang menikmati ‘hidangan’ pedas di depan kamera dengan air mata yang mengalir.
Tindakan itu merupakan trend terbaharu yang sedang popular di internet selepas China bertindak memberikan amaran keras terhadap orang yang melakukan pertunjukan makan di dalam talian sebagai sebahagian daripada kempen nasional negara itu untuk membendung pembaziran makanan.
Sebelum kempen tersebut dilancarkan, pengguna media sosial di China sangat gemar menonton video ‘Chibo’ atau ‘Mukbang’.
Pun begitu, sejak China melarang pengguna berkongsi jenis kandungan video tersebut, ia mendorong pemilik haiwan peliharaan untuk memanfaatkan situasi tersebut dengan berkongsu video haiwan yang memakan banyak makanan ringan yang luar dari kebiasaan.
Pemilik anjing tersebut didakwa memaksa haiwan peliharaannya itu memakan semangkuk La Zi ji atau Chongqing Chilli Chicken yang merupakan hidangan tempatan yang terkenal dengan rasanya yang sangat pedas.
Anjing itu dapat dilihat mengunyah makanan tersebut dengan patuh ‘diiringi’ dengan air mata yang nampaknya disebabkan oleh kepedasan makanan itu.
Sumber: Daily Mail
The post Anjing ‘Menangis’ Setelah Didakwa Dipaksa Makan Pedas Sewaktu ‘Live Stream’ appeared first on Siakap Keli.
No comments: