Ads Top

4 Amalan Mudah Yang Boleh Dilakukan Oleh Anda Yang Sibuk

Jadual dan rutin setiap orang itu berbeza-beza. Ada yang disibukkan dengan urusan pengajian sama ada fokus melakukan tugasan yang diberikan atau projek dan sebagainya.

Ada pula yang sibuk dengan kerjaya masing-masing. Ditambah pula setiap hari Isnin, pasti banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Ada sesetengahnya lagi yang bukan hanya disisbukkan dengan satu pekerjaan, namun ditambah dengan part-time kerja dan ada juga yang belajar sambil bekerja.

Namun, dalam kita disibukkan dengan rutin-rutin harian, jangan pula sampai ditenggelami dengannya. Pasti ada dalam kalangan kita yang mencari-cari amalan ringan yang mudah dilakukan tetapi mendapat ganjaran pahala yang besar dariNya.

#1 – Bangun Awal Pagi

Awal pagi merupakan permulaan yang baik untuk melakukan ibadah. Tidak perlu melakukan amalan-amalan yang berat jika masih di peringkat permulaan.

Mulakan dengan menunaikan solat Tahajjud dan ambil masa untuk berdoa meminta kepadaNya.

#2 – Berzikir Dan Beristighfar

Sebenarnya, buat amalan yang ringan itu mudah sahaja, tidak perlu peruntukkan masa yang banyak kerana sambil-sambil melakukan kerja pun, anda sudah boleh berzikir dan beristighfar.

Zikir sama ada di mulut atau di hati boleh sahaja diselitkan pada bila-bila waktu.

#3 – Berkongsi Kebaikan

Apabila anda mendapat sesuatu ilmu atau membaca perkongsian yang menarik, boleh sahaja kongsikan ia kepada kawan-kawan media sosial anda.

Hanya tekan butang share dan rakan-rakan anda juga sudah boleh mendapat perkongsian kebaikan dari anda.

Namun, perlu dititikberatkan akan kesahihan sesuatu perkara juga, bimbang jika tersalah ilmu pula.

#4 – Bertanya Khabar Orang Tua

Walaupun anda disibukkan waktu dengan kerja dan pelbagai lagi perkara lain, namun jangan diabaikan orang tua anda.

Jika tidak sempat untuk pulang ke kampung bagi menjenguk mereka, namun anda masih boleh bertanya khabar mereka dengan menghantar mesej WhatsApp ataupun menelefonnya.

Ibu bapa adalah antara tulang belakang paling hebat dalam kejayaan anda. Jadi, jangan sampai melupakan mereka.

Kesimpulan

Sebenarnya, banyak sahaja perkara mudah dan ringan yang boleh dilakukan oleh orang yang mempunyai kekangan masa.

Yang paling penting adalah niat anda sendiri. Sentiasa letakkan azam untuk melakukan kebaikan dan Insya Allah akan dipermudahkan olehNya.

The post 4 Amalan Mudah Yang Boleh Dilakukan Oleh Anda Yang Sibuk first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.