Mana Lebih Utama – Bayar Zakat Harta Atau Selesaikan Hutang
Perbuatan berhutang adalah hal yang berat jika tidak dijaga syarat-syaratnya. Ia terasa ringan apabila ingin meminjam, namun berat ketika hendak membayar.
Hukum asalnya pula adalah harus bagi membolehkan orang yang dalam kesusahan mendapatkan pertolongan dan orang yang berharta pula memberikan bantuan.
Namun ada masanya, mungkin kita terkeliru apabila sudah sampai masa pula mengeluarkan zakat, mana yang perlu didahulukan – membayar zakat atau membayar hutang? Kedua-duanya adalah hal yang wajib bagi seorang Muslim.
Dalam hal ini, para ulama para merumuskan Imam Khatib Al-Syirbini merumuskan bahawa jika seseorang itu mempunyai dua kewajipan iaitu membayar hutang dan membayar zakat dalam masa yang sama, maka dia perlu mendahulukan hak manusia iaitu membayar hutang. Tetapi jika tidak ada halangan dan wangnya cukup, maka dia boleh mendahulukan pembayaran zakat.
Ia selari dengan pendapat Imam Al-Suyuti iaitu:
“Bahkan didahulukan hak-hak manusia (hutang) dan dikemudiankan hak-hak Allah selagi mana orang itu masih hidup. Dan antara contoh masalah ini antaranya, apabila berhimpunnya hutang dan zakat (iaitu didahulukan membayar hutang ke atas zakat)” (Rujuk Al-Asybah wa al-Naza’ir, 1/355)
Hak manusia berupa hutang adalah satu keperluan yang mendesak sedangkan zakat adalah kewajipan yang dibina atas kemudahan dan tolak ansur. Jika seseorang itu telah membayar hutang, dan ada baki harta yang cukup (nisab) untuk membayar zakat, maka barulah dia perlu membayarnya.
Rujukan:
The post Mana Lebih Utama - Bayar Zakat Harta Atau Selesaikan Hutang first appeared on Tazkirah.
No comments: