Ads Top

Warga Asing Dibenar Berjemaah Di Masjid Bermula 1 September

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa warga asing akan dibenarkan menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau bermula 1 September ini.

Walau bagaimanapun, mereka masih lagi perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Begitu juga dengan pihak masjid yang disarankan untuk mengambil langkah-langkah terbaik dengan mengikut SOP yang disediakan bagi mengawal penularan COVID-19 seperti mencatat suhu dan menggalakkan penjualan pelitup muka.

Selain itu, penggunaan sejadah sendiri di masjid dan surau juga tidak lagi diwajibkan. Hal ini adalah melihat kepada permintaan orang ramai menerusi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri.

Hal ini dipersetujui oleh pihak KKM. Walaupun ia sudah tidak diwajibkan, namun adalah digalakkan untuk membawanya sebagai langkah berjaga-jaga. Jemaah juga dinasihatkan mengikut SOP yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga membenarkan pihak pengurusan masjid menyediakan pelapik pakai buang sekiranya perlu bagi menggantikan penggunaan sejadah.




No comments:

Powered by Blogger.