Ads Top

(Video) Rakaman Kapal Maritim Lakukan Ujian Penembakan Meriam

Dua buah kapal maritim negeri Johor iaitu KM Nipah dan KM Sibuan telah bekerjasama melakukan ujian penembakan senjata Meriam Oerlikon 20MM di perairan Johor baru-baru ini.

Ujian tersebut dilakukan untuk menguji tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan senjata tersebut di samping dapat menguji tahap kemahiran kru.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ada berkongsikan tentang video serta tujuan ianya dilakukan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian itu seperti berikut:

Kapal Maritim Negeri Johor (MN Johor) iaitu KM Nipah dan KM Sibuan telah melakukan ujian penembakan senjata utama Meriam Oerlikon 20MM di perairan Johor Barat baru-baru ini.

Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, ” Ujian penembakan meriam ini dilakukan bagi menguji tahap kesiapsiagaan serta keberkesanan senjata utama Meriam Oerlikon 20MM.

“Selain itu juga ujian ini dilakukan untuk menguji tahap kemahiran kru dalam tatacara pengendalian termasuk perintah dan kawalan serta pengendalian secara manual meriam oerlikon 20MM,” ujar beliau lagi.

Ujian penembakan ini diketuai oleh Pegawai Pengendali Eksesais, Komander Maritim Simon Templer Lo AK Tusa dan turut disertai wakil Ibu Pejabat Maritim Malaysia, wakil Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan kru kapal KM Nipah serta KM Sibuan.

Dengan adanya ujian menembak senjata utama ini, Maritim Malaysia menerusi MN Johor mengharapkan tahap keupayaan senjata utama dan kru kapal sentiasa dalam keadaan baik dan terbaik.

𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗠𝗕𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗔𝗠𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗥𝗨, 𝟲 𝗢𝗴𝗼𝘀 – Kapal Maritim Negeri Johor (MN Johor) iaitu KM Nipah dan KM Sibuan telah melakukan ujian penembakan senjata utama Meriam Oerlikon 20MM di perairan Johor Barat baru-baru ini.Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, " Ujian penembakan meriam ini dilakukan bagi menguji tahap kesiapsiagaan serta keberkesanan senjata utama Meriam Oerlikon 20MM. "Selain itu juga ujian ini dilakukan untuk menguji tahap kemahiran kru dalam tatacara pengendalian termasuk perintah dan kawalan serta pengendalian secara manual meriam oerlikon 20MM," ujar beliau lagi.Ujian penembakan ini diketuai oleh Pegawai Pengendali Eksesais, Komander Maritim Simon Templer Lo AK Tusa dan turut disertai wakil Ibu Pejabat Maritim Malaysia, wakil Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan kru kapal KM Nipah serta KM Sibuan.Dengan adanya ujian menembak senjata utama ini, Maritim Malaysia menerusi MN Johor mengharapkan tahap keupayaan senjata utama dan kru kapal sentiasa dalam keadaan baik dan terbaik.#MaritimeNation#MalaysiaCoastGuard#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama#FightTogether#KitaJagaKita#MaritimPerkasaSamuderaSejahteraKementerian Dalam Negeri (KDN)

Posted by Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia on Thursday, August 6, 2020

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

The post (Video) Rakaman Kapal Maritim Lakukan Ujian Penembakan Meriam appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.