(Video) Cinta Sejati, Gelagat Comel Atok & Nenek Dipercayai Warga Palestin Main Buaian Buat Netizen Cair

Semua orang mengimpikan kebahagiaan hingga hujung nyawa bersama pasangan tercinta masing-masing.
Jika lihat kemanisan pasangan suami isteri yang muda pun sudah buatkan kita tersenyum, apatah lagi pasangan warga emas yang masih setia bersama.
Jom kami kongsikan video yang akan membuatkan hari anda lebih ceria. Video dari @asahla_taha ini mendapat lebih 45 ribu tanda suka dan lebih 800 ribu tontonan dalam tempoh sekitar 24 jam sahaja.
Dalam video tersebut, jelas terpancar kegembiraan pada wajah pasangan warga emas ini yang mesra bermain buaian bersama. Bagai mengimbau kembali zaman bercinta muda-muda.
look at how cute this old palestinian couple is
pic.twitter.com/bdjKCz7M8C
— asahla
(@asahla_taha) August 16, 2020
Rata-rata warga maya menumpang rasa gembira melihat telatah kedua-duanya.
MashaAllah, cinta sejati
Mereka sangat comel
Moga Allah rahmati mereka selalu
Sumber: @asahla_taha
The post (Video) Cinta Sejati, Gelagat Comel Atok & Nenek Dipercayai Warga Palestin Main Buaian Buat Netizen Cair appeared first on Siakap Keli.
No comments: