Terlalu Paranoid, Ika Nabella Enggan Baca Berita Tentang Covid-19
Apabila dua orang pelakon iaitu Puteri Aishah dan Ashraf Muslim disahkan positif Covid-19, ternyata ia turut memberi impak kepada Ika Nabella.
Ika berkata, dia juga terbabit dengan drama bersiri Demi, namun tidak ikut serta ke luar negara seperti kedua-dua pelakon berkenaan.
“Saya pun berlakon dalam drama tersebut, tetapi tidak ada babak saya di luar negara. Jadi, saya tidak ikut serta dan agak bernasib baik.
“Kemudian apabila mendapat tahu Puteri Aishah dan Ashraf serta beberapa kru positif Covid-19, saya terus berasa sangat risau sampai susah nak lelapkan mata,” ujarnya.
Dia berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis pratonton dan sidang akhbar filem Takut Ke Tak yang berlangsung malam tadi.
Sebelum ni, Puteri Aishah dan Asfraf telah disahkan positif Covid-19 setelah pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada April lalu.
> Baca: Misha Omar Ubati Kerinduan Peminat Dengan Single Tanpa Rela
Rentetan daripada itu, Ika menyatakan dirinya telah menjadi terlalu Paranoid sehingga tidak boleh membaca berita-berita tentang Covid-19.
“Memang saya tidak akan membuat carian di laman web tentang perkembangan Covid-19 kerana paranoid terhadap apa yang telah menimpa rakan artis.
“Kalau diikutkan ada juga sesekali suomi bercerita mengenainya, namun saya tidak mahu terlalu ambil tahu. Sampai sekarang perasaan risau itu ada, tambahan pula saya ada anak kecil,” ujarnya. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Ika Nabella
The post Terlalu Paranoid, Ika Nabella Enggan Baca Berita Tentang Covid-19 appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: