Ads Top

Pelakon Black Panther, Chadwick Boseman Meninggal Dunia Akibat Kanser

Pelakon yang terkenal menerusi watak Black Panther, Chadwick Boseman telah disahkan meninggal dunia hari ini.

Menerusi laporan The Washington Post, pelakon berusia 43 tahun itu meninggal dunia setelah empat tahun bertarung dengan penyakit kanser kolon.

Pada bulan April lalu peminat Chadwick dikejutkan dengan penampilan terkininya yang kelihatan kurus kering berbanding susuk tubuhnya sebelum ini.

Rata-rata peminatnya risau dengan keadaan tersebut, meskipun ada yang beranggapan dia sedang dalam proses menurunkan berat badan untuk watak terbaharunya dalam filem.

Dengan berita kematian tersebut, ia sekali gus menamatkan tanda tanya bahawa selama ini pelakon berkenaan memang mempunyai penyakit. – KopiPlanet.com

The post Pelakon Black Panther, Chadwick Boseman Meninggal Dunia Akibat Kanser appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.