Ads Top

Dulu Tak Suka, Kini Sufian Suhaimi Gembira Dengan Nama Baby Pian

Penyanyi popular Sufian Suhaimi mengakui bahawa pada mulanya dia tidak suka dengan nama ‘Baby Pian’ yang ditujukan kepada dirinya.

Ujarnya, dulu dia tidak gemar dengan nama berkenaan apabila kartun-kartun dan jalan cerita yang dihasilkan oleh individu dikenali sebagai @AjiqHaris itu agak sensitif kerana menyentuh isu peribadinya.

“Pada awalnya tidak suka, tetapi bila dah ada Baby Faeq (anak angkat) dan nama Baby Pian tu selalu menjadi sebutan, saya anggap ia kombinasi antara Baby Faeq dan Sufian Suhaimi (Pian) sehinggalah tertubuhnya syarikat Baby Pian Legacy Sdn. Bhd.

“Bagi saya, terpulanglah orang nak anggap macam mana pun dan itu bukannya satu isu. Saya rasa dekat dan gembira dengan nama Baby Pian,” ujarnya.

> Baca: Frontliner Papar Realiti Cabaran Pejuang Barisan Hadapan Menentang Covid-19

Sufian berkata demikian ketika ditemui semasa majlis penyerahan anugerah 2020 Mid Year JOOx Top Music Awards Top 5 Hits (Local) yang berlangsung semalam.

Penyanyi berkenaan mendapat anugerah berkenaan setelah lagu Janji nyanyiannya menjadi salah sebuah lagu tempatan yang paling banyak streaming di JOOX dalam tempoh bulan Januari hingga Jun 2020.

Bercerita lebih lanjut mengenai syarikat berkenaan, Sufian berkata ia adalah syarikat bersama seorang rakan kongsi yang menjual produk diberi nama Zikir Pillow.

Ujarnya, perniagaan yang dijalankannya itu mendapat sambutan yang hangat dengan permintaan yang tidak menang tangan daripada pelanggan.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya agak sibuk apabila lagu Janji dilancarkan pada bulan Februari lalu dan pada masa sama melancarkan Baby Pian Legacy Sdn. Bhd.

“Apabila tiba-tiba PKP, ada banyak masalah sepajang tempoh itu kita kaji masalah cari penyelesaiannya. Walaupun baru setahun jagung, sudah banyak peningkatan yang dicapai. – KopiPlanet.com

The post Dulu Tak Suka, Kini Sufian Suhaimi Gembira Dengan Nama Baby Pian appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.