Ads Top

Lepas Mira Filzah Dikecam, Ernie Zakri Risau Nak Guna Tema Bollywood?

Susulan isu Mira Filzah yang dikatakan mempergunakan pakaian tradisi kaum India demi mengaut keuntungan, hari ini penyanyi Ernie Zakri secara berseloroh menyatakan kebimbangannya sekiranya dia ingin menggunakan tema Bollywood untuk majlis perkahwinannya kelak.

Menerusi status twit di laman Twitternya, Ernie menulis, “Kalau nanti I Buat tema Bollywood untuk majlis kahwin, ada yang mengamuk tak?.”

“Takut digelar ‘cultural appropriation’. Persoalan saya, kenapa harus merumitkan perkara yang tidak wujud sebelum ini? Saya tanya saja mengenai tema Bollywood itu, bukan pasti nak buat,” katanya.

Untuk makluman, Ernie bergelar tunangan penyanyi Syamel menerusi sebuah majlis pertunangan yang diadakan pada minggu lalu.

Terdahulu, Mira menjelaskan dia tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya dalam persalinan Lehenga seperti yang dimuat naik di Instagram.

Mira menggayakan Lehenga bagi mempromosikan produk kanta mata yang menggunakan tema Bollywood sebagai kempen pemasarannya.

Mira juga mengambil pendekatan memohon maaf sekiranya posting-nya itu ada mengguris hati mana-mana pihak. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.