Ads Top

Kang So-ra Kejutkan Peminat, Umum Bakal Mendirikan Rumah Tangga

Pelakon drama Doctor Stranger, Kang So-ra mengejutkan para peminatnya apabila mengumumkan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh pihak pengurusannya, Plum Actors yang menyatakan bakal suami pelakon itu bukanlah selebriti dan berusia lebih tua.

“Kami mengumumkan berita tentang pelakon Kang So-ra yang akan berkahwin dengan kekasihnya berdasarkan kepercayaan dan cinta antara satu sama lain.

“Sepatutnya acara pernikahan akan berlangsung pada 29 Ogos ini, tetapi terpaksa dibatalkan kerana Covid-19. Acara akan diganti dengan pertemuan kecil antara keluarga pasangan,” jelas kenyataan tersebut.

> Baca: Cinta Loca B & Tuju K-Clique Kembali Bertaut, Bakal Keluar Lagu Bersama

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai pernikahan mereka terpaksa dirahsiakan demi menghormati permintaan kedua-dua keluarga.

Pelakon yang kini berusia 30 tahun itu memulakan karier lakonannya pada tahun 2009 menerusi filem thriller 4th Period Mystery dan kemudian menjadi terkenal setelah membintangi filem Sunny dua tabun kemudian. – KopiPlanet.com

The post Kang So-ra Kejutkan Peminat, Umum Bakal Mendirikan Rumah Tangga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.