Ads Top

Hukum Memakaikan Gelang Kaki Pada Anak Perempuan Untuk Tujuan Pengawasan

Ada sebuah firman Allah mengenai wanita yang berhias itu tidak boleh sehingga menarik perhatian lelaki dan menimbulkan nafsu syahwat.

Maksud: “Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”

Menurut dalil ini, jumhur berpendapat bahawa perbuatan menghentakkan kaki dengan membunyikan gelang kaki tersebut adalah dilarang.

Hal ini juga adalah disebabkan oleh perbuatan wanita pada zaman jahiliah terdahulu yang suka menarik perhatian kaum lelaki dengan menunjukkan perhiasan mereka. Disebabkan itu, kita dilarang untuk meniru perbuatan tersebut.

Dr Wahbah Zuhaili juga menafsirkan ayat di atas dengan menyebut – “Pemakaian gelang kaki dan menghentak kaki dengan mengeluarkan bunyi bertujuan untuk menarik perhatian lelaki, perbuatan ini adalah dilarang untuk menunjukkan perhiasan.” (Tasir Al-Munir li Zuhaili, 18/212)

Boleh memakai gelang kaki, namun bukanlah gelang yang berbunyi sehingga terlalu menarik perhatian orang lain.

Walau bagaimanapun, bolehkah memakaikan gelang kaki yang berloceng kepada anak perempuan dengan tujuan keselamatan?

Dalam hal ini, ulama berpendapat bahawa ia adalah dibolehkan. Hukumnya adalah harus kerana untuk tujuan keselamatan.

Apabila anak itu sudah boleh mengawasi diri sendiri dan menjaga keselamatan, maka locengnya perlu ditanggalkan agar gelang tersebut tidak berbunyi.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Mufti Wilayah




No comments:

Powered by Blogger.