Blackpink Sah Berduet Dengan Selena Gomez Untuk Single Terbaru
Akhirnya kumpulan K-pop wanita popular, Blackpink mendedahkan mereka bakal berduet dengan penyanyi antarabangsa, Selena Gomez untuk single terbaharu kumpulan itu.
Sebelum ini, Blackpink ada memuat naik sebuah poster memberikan bayangan mereka bakal berduet dengan seorang penyanyi misteri sehingga membuatkan peminat mereka berteka-teki tentang penyanyi gandingan tersebut.

Single yang masih belum didedahkan judulnya itu bakal dilancarkan pada 28 Ogos ini.
Blackpink yang kini popular dengan lagu How You Like That dianggotai Lisa, Jisoo, Jennie dan Rose. Selain Selena, Blackpink sebelum ini pernah bekerjasama dengan penyanyi seperti Dua Lipa dan Lady Gaga. – KopiPlanet.com
The post Blackpink Sah Berduet Dengan Selena Gomez Untuk Single Terbaru appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: