(Video) Detik Cemas Pengunjung Tenggelam-timbul Ditarik Arus Kuat, Penyelamat Pun Nyaris Hanyut
Detik gembira boleh menjadi tragedi dalam sekelip mata. Disebabkan itulah orang tua-tua sering berpesan agar sentiasa berwaspada ketika bersuka ria terutamanya jika melakukan aktiviti melibatkan air. Ianya gara-gara sifat air yang sukar dijangka dan boleh berubah sekelip mata seperti fenomena kepala air. Malah, mereka yang sering ‘bermain’ dengan air pun tidak terkecuali menjadi mangsa keganasan fenomena alam ini.
Baru-baru ini, satu akaun Twitter dipercayai dari negara seberang berkongsi detik cemas pengunjung pantai ditarik arus kuat ombak yang besar.
Dalam video itu, kelihatan dua individu sedang menaiki sebuah bot sebelum bot mereka naiki terbalik. Mereka kemudiannya ditarik arus air biarpun bertungkus lumus untuk ke darat sambil cuba dibantu oleh para pengunjung lain.
Video itu telah menyebabkan orang ramai cemas melihat mangsa yang terkapai-kapai apabila ditarik arus berkenaan. Pun begitu, nasib kedua-dua mereka tidak dapat diketahui.
Hati hati buat semua, karena alam bisa berubah dalam hitungan detik ~ pic.twitter.com/NZnh9r6CNp
— ꦒꦸꦪꦺꦴꦤ꧀ê¦®ê¦ ꦺꦴꦤ꧀ (@GuyonWaton) July 19, 2020
Lanjutanya pic.twitter.com/gN67iGQkHR
— ꦒꦸꦪꦺꦴꦤ꧀ê¦®ê¦ ꦺꦴꦤ꧀ (@GuyonWaton) July 19, 2020
Perkongsian itu mendapat perhatian lebih 24 ribu warga maya dengan lebih 929 ribu tontonan.
Jauhi lokasi arus karau atau rip current
Menurut seorang netizen, fenomena itu dipercayai berlaku akibat arus karau atau dikenali sebagai rip current.
Pesannya, pengunjung sebaiknya menjauhi lokasi arus karau bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin. Tambahnya, mangsa yang terperangkap perlu berenang ke sisi bagi melepaskan diri dari arus tersebut.
“Kalau ada rip current begini mesti berenang ke arah kiri atau kanan menjauhi arah arus kerana kita tak akan boleh berenang ke depan. Hasilnya akan terbawa dan terseret arus,” kata Rangga A Nugraha.
Kalo ada ripcurrent begini mesti berenang ke arah kiri atau kanan menjauhi arah arus ripcurrent, karena kita ga bakal bisa berenang ke depan alhasil akan terbawa dan keseret arus ujungnya menguras tenaga makanya beberapa tenggelam karena udah lemes pic.twitter.com/oXwY7ba4H2
— Rangga A Nugraha (@ronggoabdin) July 20, 2020
Kalo kata Sri Sultan HB X “Jangan sekali-sekali kita melawan alam. Yang bisa dilakukan adalah menghindar darinya.”
Yup karena alam memiliki polanya sendiri, dan manusia yg berakal budi, akan membaca pola dan pertanda alam utk menghindar dari hal2 yang berakibat buruk untuknya.
— Rangga A Nugraha (@ronggoabdin) July 20, 2020
Rip curent atau arus karau berlaku apabila ombak yang menghempas pantai kembali ke lautan. Air akan mengalir ke tempat yang lebih dalam, menjadikan kawasan ‘pertembungan’ dua ombak yang kembali ke laut mempunyai arus yang lebih kuat.
Berikut merupakan empat ciri dikongsikan Surf Life Saving Australia yang perlu anda perhatikan bagi mengenalpasti arus karau.
- Warna air yang lebih gelap
- Gelombang ombak yang lebih sedikit
- Permukaan bergelombang yang dikelilingi air tenang
- Sesuatu yang hanyut ke laut atau berbuih
Sumber: Guyon Waton
The post (Video) Detik Cemas Pengunjung Tenggelam-timbul Ditarik Arus Kuat, Penyelamat Pun Nyaris Hanyut appeared first on Siakap Keli.
No comments: