(Video) Bermodalkan RM250, Lelaki Ini “Make Over” Tandas Hanya Gunakan Cat
Ramai yang masih keliru dan tidak tahu nak mula dari mana untuk ‘make over’ rumah kan? Ya, mungkin sebab ada yang masih tercari-cari idea untuk deko. Proses ubah suai sebenarnya memerlukan perancangan yang rapi dan sangat teliti.
Jadi, korang cuba lihat perkongsian dari SK ini menerusi kiriman daripada pengguna Facebook, Ahmad Aqari berkongsi tips dan cara yang paling berguna iaitu mengubah suai bilik air yang dulunya nampak seakan buruk dan kini berubah menjadi lebih eksklusif dan menarik dengan hanya menggunakan cat sahaja.
Kita share sikit apa yang patut dibuat untuk proses cat lantai ni.
CARANYA:-
Sebelum memulakan proses cat, make sure bersihkan tandas sampai betul-betul kering tiles yang nak dicat tu.
STEP 1 (Undercoat)
Sapukan Primer/Hycote 51WT (Primer+Hardener), cat ni fungsinya supaya top coat akan melekat dengan kuat dan tahan lebih lama dan susah untuk tertanggal. Seeloknya undercoat ni layangkan dalam 1 lapisan sahaja dan rata. Tunggu ianya betul-betul kering sebelum memulakan step 2. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 8 jam minima untuk keringkan.
Once dah bancuh cat (Primer+Hardener), jangan buang masa, dalam tempoh 1 jam kena habiskan, kalau tak, cat akan mengeras dan kita akan rugi. Sebab hardener tu sifatnya mengeras/membeku.
STEP 2 (Top Coat)
Sapukan Protective Coatings/EA4 Finish (campurkan dengan Hardener), pelbagai warna boleh didapati mengikut citarasa masing-masing. Seeloknya layangkan dalam 2 lapisan supaya ianya tebal dan lebih tahan. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 16 jam untung keringkan.
(Sama juga macam step di atas, habiskan cat dalam tempoh 1 jam)
Selepas complete 2 step tersebut, tunggu sehingga betul-betul kering sebelum ianya boleh digunakan.
Dapatkan semua peralatan di SINI
Sebelum
Dapatkan semua peralatan di SINI
Selepas
Dapatkan semua peralatan di SINI
Friendly reminder, make sure pakai face mask masa nak mengecat lantai ni, sebab bau chemical dia agak menusuk hidung (kalah bau cat minyak) plus kita mengecat dalam ruang yang sempit, risau ianya boleh bagi kesan yang tak diingini untuk kesihatan pada masa mendatang.
Kepada mereka-mereka yang tangan ada seni, nak lukis corak dekat tiles tandas tu pun boleh, pokok pangkalnya ikut kreativiti masing-masing.
Selamat mencuba. Feel free to share. Semoga bermanfaat buat mereka yang memerlukan.
Dapatkan semua peralatan di SINI
Sumber: Ahmad Aqari
The post (Video) Bermodalkan RM250, Lelaki Ini “Make Over” Tandas Hanya Gunakan Cat appeared first on Siakap Keli.
No comments: