Ads Top

TERKINI: Pelitup Muka Wajib Dipakai Dalam Pengangkutan Awam & Tempat Awam Yang Bersesak Mulai 1 Ogos

Mulai 1 Ogos 2020, rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka di beberapa tempat yang disarankan oleh kerajaan untuk mengurangkan jangkitan wabak Covid-19 ini.

Hal ini telah dijelaskan oleh Menteri Keselamatan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan bahawa kerajaan mewajibkan untuk pemakaian pelitup muka di tempat awam seperti semasa menaiki kenderaan awam dan berada di tempat sesak iaitu di pasar dan pusat membeli belah.

Susulan dengan itu, perkara ini perlu dititikberatkan untuk semua orang dan sangat penting untuk memutuskan rantaian jangktian Covid-19 ini. Seperti yang kita tahu, angka kes positif semakin meningkat dari satu angka kepada dua angka sejak kebelakangan ini.

Jadi, secara tegas Datuk Ismail Sabri menasihatkan kepada orang ramai agar memakai pelitup muka dan menjaga jarak sebagai langkah terbaik untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Wednesday, 22 July 2020

Sumber: Sidang Media MKN

The post TERKINI: Pelitup Muka Wajib Dipakai Dalam Pengangkutan Awam & Tempat Awam Yang Bersesak Mulai 1 Ogos appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.