Ads Top

Pusat Hiburan Keluarga Termasuk “Indoor Funfair” & Gimnasium Dibuka Semula – Ismail Sabri

Pusat hiburan keluarga antara pusat aktiviti sosial terkini yang diputuskan untuk dibenarkan beroperasi semula.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut bukan sahaja mendengar rungutan daripada ibu bapa, tetapi juga mengambil kira lebih daripada 3,000 tenaga kerja terlibat, serta sumbangan RM500 juta kepada pendapatan negara.

“Kelulusan ini melibatkan arked permainan (atau taman funfair indoor), hiburan pendidikan (edu-tainment), gimnasium, permainan kanak-kanak, hiburan permainan berasaskan peralatan mesin, hiburan teknologi dan pusat karaoke keluarga.

“Begitu juga karaoke di majlis-majlis kahwin, kita benarkan. Majlis kahwin atau rewang tidak berapa meriah kerana tidak ada karaoke dan sebagainya, (maka) kita benarkan,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Difahamkan, keputusan tersebut juga berdasarkan pandangan serta permohonan daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri serta persetujuan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

Dalam pada itu, antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuklah memuat turun aplikasi MySejahtera bagi tujuan pemantauan, saringan suhu badan dan menghadkan jumlah pengunjung berdasarkan keluasan premis bagi mengawal penjarakan fizikal.

Selain itu, pembelian tiket secara atas talian juga amat digalakkan, selain proses disinfeksi atau nyah kuman akan dijalankan secara berkala di premis berkenaan.

“Bagaimanapun, operasi pub, kelab malam, disko dan lain-lain, masih belum dibenarkan setakat hari ini,” tambahnya lagi.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 32:01.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. (10 Julai 2020)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Thursday, July 9, 2020

Sumber: RTM

The post Pusat Hiburan Keluarga Termasuk “Indoor Funfair” & Gimnasium Dibuka Semula – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.