Ads Top

Hari Jumaat Diwartakan Hari Jawi

Jabatan Perdana Menteri mengisytiharkan hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’ bermula hari ini. Ia sebagai salah satu usaha untuk memperkasakan Bahasa Jawi sekaligus menghidupkan bahasa Jawi sebagai tradisi dan kebudayaan yang pernah melatari perkembangan medium komunikasi di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan hari ini berkata usul ini telah dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas dan telah mendapat sokongan penuh daripada semua ahli jemaah menteri.

Seluruh pihak diseru untuk memartabatkan Bahasa Jawi merangkumi pihak kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau turut memaklumkan bahawa bagi membuktikan usaha yang ingin dilakukan untuk memartabatkan bahasa Jawi, kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi mulai hari ini.

Selain itu, penggunaan tulisan Jawi juga akan diperluaskan merangkumi penyampaian maklumat di media sosial rasminya.

Sumber:
Bernama




No comments:

Powered by Blogger.