Ads Top

Program Pengimarahan Masjid Dan Surau Di Selangor Dibenarkan

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui kenyataannya menyebut semua masjid dan surau di Negeri Selangor telah diberi kebenaran untuk mengadakan aktviti pengimarahan masjid seperti kuliah dan tazkirah.

Adapun, buat surau atau masjid yang ingin mengadakan jamuan selepas aktiviti-aktiviti tersebut, ia boleh dilakukan namun pemberian makanan itu adalah dalam bentuk bungkusan yang perlu dibawa balik oleh jemaah.

Hidangan makanan dalam bentuk bufet adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan kontak rapat. Jemaah dan pihak surau juga perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa memakai pelitup muka.

Buat jemaah yang berusia 60 tahun ke atas juga dibenarkan hadir dengan syarat tidak mempunyai penyakit kronik dan bebas daripada gejala seperti demam dan batuk.

Sumber:
Jabatan Agama Islam Selangor




No comments:

Powered by Blogger.