“Kena Ubah Sleep Cycle &…” Psikologis Ini Kongsi Tips “Self-treatment” Untuk Rawat Kemurungan
Kemurungan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng.
Ibarat ‘hanya jauhari menekal manikam’, hanya individu yang mengalaminya sahaja tahu betapa peritnya ‘kesakitan’ yang dialami.
Selain membuatkan individu itu berasa hidupnya kosong, kemurungan juga berupaya ‘menghasut’ mereka untuk bertindak di luar kawalan.
Paling ‘menarik’, mereka ini langsung tidak menunjukkan sebarang simptom luaran, dalam masa sama masih lagi boleh tersenyum, bergelak ketawa, hidup seakan normal macam orang lain.
Sedangkan dalam fikiran mereka, kosong.
Situasi ini pernah dialami sendiri oleh vokalis kumpulan Linkin Park, iaitu Chester Bennington.
Akibat pernah melalui zaman kanak-kanak dan remaja yang gelap, pernah menjadi mangsa buli, seksual (pedofilia) dan sebagainya, kemurungan mula ‘menyarang’ dalam dirinya hingga dipendam bertahun-tahun.
Hinggalah pada tarikh 20 Julai 2017, dunia dikejutkan dengan berita kematiannya setelah didapati dia menggantung dirinya sendiri, dipercayai akibat tekanan dan kemurungan.
Begitulah realiti penghidap kemurungan, mereka sangat ‘misteri’. Senyap dan gembira, tahu-tahu saja sudah ‘tiada’.
Dalam pada itu, sesetengah daripada kita mungkin mengalami keadaan yang sama, namun adakah kemurungan ini boleh dirawat dengan sendiri?
Jawapannya, YA. Hujah ini dibahas oleh seorang ahli psikologi klinikal yang menggunakan nama Mentalist Joker yang dikongsi melalui laman Twitternya baru-baru ini.
Mari ikuti bebenang di bawah ini.
MERAWAT DEPRESSION
(Self-treatment)Kalau kau sendiri, mungkin ada DEPRESSION atau dapat tahu ada someone yang ada depression boleh gunakan 2 cara ini bagaimana untuk self-treatment pada peringkat awal.
Thread pic.twitter.com/RUdqowo3Ef
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Depression jangan buat main-main. Jika tak dirawat ia boleh menjejaskan masa depan kau, kerjaya, dan hubungan orang sekeliling. Sebab depression boleh membentuk peribadi seseorang ke arah yang lebih teruk. Jika tak dirawat. Boleh menyebabkan sakit ke arah yang lebih serius.
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
"Doc, saya ada depression. Saya kena pergi hospital ke?" Ada dua jawapan yang aku akan beri. Pertama; Tak perlu… Kalau kau boleh kawal emosi dan diri. Kedua; Ya Perlu..Kalau ia sudah berpanjangan berminggu-minggu / bulan. Pergi bukan sebab sakit mental. Tapi untuk rawatan.
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Kemungkinan; Depression akan lead-into diagnos tertentu dalam mental illness seperti MDD, BPD, Skizo, SLE, dan lain-lain. "Bukan bermakna seseorang itu sakit mental apabila dia jumpa psikiatri." Tapi untuk check apa yg tak kena dengan otak, sistem pemikiran (neuro)
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
"Saya takut lah nak jumpa Psikiatri. Nak kena buat apa?" Biasanya doc akan beri ubat, fungsi ubat tu untuk kawal chemical dalam otak kau supaya dirembeskan dengan kadar kuantiti yg betul. Sebab itu perlu bantuan ubat. So.. First of all, lihat pada keadaan diri kau dahulu.
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
"Saya dah makan ubat dari Psy bagi. Tapi tak sembuh-sembuh pun." Dengar sini elok-elok aku nak pesan. Makan ubat tak sembuh, kau makan sepuluh guni ubat pun. Kau pergi la seribu kali sesi terapi pun. Kau takkan sembuh. Untuk kau sembuh adalah diri kau sendiri.
Iaitu..
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Kekuatan jiwa, emosi, dan mental. Sebab ini memerlukan perubahan dalam hidup kau untuk 'build up new character' dalam diri. So dalam thread ini aku nak share 2 kaedah untuk self treatment kau boleh lakukan mulai sekarang.
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
.
1. UBAH RUTIN HIDUP
Perkara pertama kau kena buat adalah "BELAJAR BANGUN AWAL PAGI" itu paling utama, bukan tidur awal pagi. Kau kena ubah 'sleep cycle' dalam diri kau. Aku tahu, bila malam kau sunyi, sepi, keseorangan. Mula la fikir yang bukan-bukan. pic.twitter.com/TPvUHVEfn4
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Kau bukan tak boleh tidur awal. Tapi disebabkan 'rutin kau terbiasa tidur larut pagi'. So kena ubah sleep cycle. Malam ini cuba tidur awal. Bangun esok pagi mulakan pelbagai aktiviti, jogging, masak, do something yg menggerakkan tubuh (fizikal) "Doc, macam mana nak buat?"
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Gunakan teknik "6 Hour Cycle"; Maksudnya kau bangun awal 6 pagi dan plan nak buat apa sampai 12 tengahari. Plan hour-by-hour. Then 12tghari sehingga 6 petang, lastly 6 petang sampai 12 malam. Setiap jam tu kau plan apa nak buat. Masalah sebelum ni kau hanya harapkan masa berlalu
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Seterusnya. Jaga pemakanan. Sebab 'otak ni berkait rapat dengan tubuh'. So tubuh yang kurang nutrisi akan menjejaskan otak. So jaga pemakanan. Makan supplemen vitamin B, atau buah-buahan. Kurangkan bergula / kafein. Bila tubuh kau sihat, otak kau akan cerdas dan baik.
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
2. CARI KAWAN BARU
Bila kau dah berjaya ubah rutin ke arah yg lebih baik. Kau akan mula rasa positif dan hidup bermakna. Sebab tu mula2 kau kena ubah rutin. Then kau akan mudah dapat kawan baru, atau cari kawan baru. Kau akan senang untuk bersosial, kau akan mudah nak bergaul pic.twitter.com/ZmtfpD1GfV
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
"Doc, saya ni introvert.. Tak berani lah nak tegur orang." Ya aku faham kau camtu. Aku bukan minta kau pegi jadi 'gila-gila' depan orang. No.. But you need to expose yourself secara perlahan-lahan. Sebab aku taknak kau duduk sorang-sorang sehingga kau depress bila ada masalah.
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Masalah bila kau tak ramai kawan. Kau akan cepat murung, bila ada masalah kau menyendiri. Sampai satu tahap kau sedih yang berpanjangan. Sebab apa? "Sebab takda sesiapa nak kau nak bercerita." Make some friends. Sorang dua pun dah cukup. Perlu ada hubungan sosial dgn org lain.
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Sebab selama ni pun, kau banyak pendam. Kau ada masalah tak selesai. Kau nangis siang malam. Kau rasa diri tak berguna. Sebab kau kurang atau takda kawan. Kau 'takut nak berkawan' dengan org disebabkan kau dah lama dalam "keadaan macam ni."
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Kesan murung akan membentuk peribadi kau jadi pendiam dan suka menyendiri. Tapi jangka masa yg lama ia akan beri kesan buruk dalam diri kau. Aku ada banyak tips nak beri kat kau. Tapi aku share dua saja. First, ubah rutin hidup kau. Kedua cari kawan baru.
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Ketiga; Ada perancangan kehidupan, keempat faham purpose of life. Point 3 dan 4 aku akan terangkan dalam thread akan datang. Buat permulaan, kau adjust dahulu dua benda ni. Yang paling penting, ubah rutin kau yang dulunya suka terperap dan baring. Tapi buat aktiviti fizikal.
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Ulasan Joker
Aku faham kau sakit. Aku faham kau sunyi. Aku faham kau rasa macam tak dihargai. Tapi aku nak minta satu je dari kau. "Aku nak kau faham diri kau." Kau kena ubah diri. Bangkitlah. Jangan jadi macam ni. Tak elok untuk masa depan kau. Aku sayangkan kau.
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
-Call Joker Consultation-
Fees Included ; https://t.co/GKQdYcktvA-Beli Ebook Joker @ Shopee-
100 Pesan Joker : https://t.co/uWbXB3fjCX
The New Human : https://t.co/4zA8bh86zy
29H Move ON : https://t.co/1KBrvz6iWU-Telegram Joker-https://t.co/IOj1lZxcNm pic.twitter.com/AOvLkrdlgy
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Video pertama dari channel Youtube Mentalist Joker, khas untuk anda semua. Akan ditayangkan pada 15 Julai @ 9 Malam. Masuk link itu, dan 'set reminder'. Jangan lupa untuk subscribe channel youtube Mentalist Joker
Link Youtubehttps://t.co/PikGAAzvSV
— Mentalist Joker (@dairijoker) July 14, 2020
Sumber: Mentalist Joker
The post “Kena Ubah Sleep Cycle &…” Psikologis Ini Kongsi Tips “Self-treatment” Untuk Rawat Kemurungan appeared first on Siakap Keli.
No comments: