Ads Top

Kebenaran Solat Jumaat Berdasarkan Kapasiti Penuh Masjid Dan Surau Selepas Penjarakan

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi kenyataannya membenarkan semua masjid dan surau di Negeri Selangor untuk beroperasi secara maksimal berdasarkan keluasan masjid selepas penjarakan sebanyak 1.5 meter.

Hal yang telah mendapat perkenan D.Y.M.M Sultan Selangor akan mula berkuatkuasa bermula 17 Julai 2020. Ia adalah termasuk dengan penunaian solat Jumaat dan solat fardu lima waktu secara berjemaah.

Kebenaran ini termasuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Diraja, Masjid Daerah, Masjid Naik Taraf, Masjid Institusi, Masjid Kariah dan Surau kebenaran Jumaat.

Permohonan untuk mendirikan Solat Jumaat masih perlu dilakukan bagi mendapatkan giiran. Buat permohonan yang diluluskan, jemaah perlu datang awal untuk memudahkan urusan pendaftaran dilakukan.

Bagi jemaah yang hadir untuk melaksanakan solat fardu pula, ia boleh dilaksanakan secara terbuka dengan tidak melebihi kapasiti jemaah masjid dan surau.

Bagi jemaah yang berumur lebih 60 tahun juga adalah dibenarkan. Namun, mereka perlu memastikan agar tiada penyakit kronik atau bergejala.

Walau bagaimanapun, buat jemaah wanita yang ingin menunaikan solat fardu, kebenaran masih belum diberikan kepada mereka melainkan di dua buah masjid yang telah ditetapkan berdasarkan had kapasiti yang dibenarkan, iaitu:

#1 – Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong: 220 orang

#2 – Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyber Jaya: 250 orang

Jemaah yang hadir perlu mematuhi SOP yang ditetapkan seperti berwuduk dan membawa sejadah dari rumah, memastikan diri tidak bergejala dan sentiasa memakai pelitup muka.

Sumber:
Jabatan Agama Islam Malaysia




No comments:

Powered by Blogger.