Ernie Zakri Tampil Bertenaga Dengan Imej Berbeza Menerusi Boneka
Penyanyi Ernie Zakri atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, kini tampil dengan single terbaharu berjudul Boneka, memaparkan imej yang cukup berbeza daripada dirinya sebelum ini.
Boneka yang mengisahkan tentang kekuatan seseorang individu selepas putus cinta itu dicipta oleh komposer Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.
“Sebenarnya lagu ‘Boneka’ ini telah pun dirakamkan sebelum wabak COVID-19 melanda negara lagi. Terdahulu single Gundah telah dilancarkan pada bulan Disember tahun lepas dan rasanya sesuai buat saya untuk tampil dengan single baharu.
“Boneka berkisar tentang seorang wanita yang ditinggalkan kekasihnya tetapi dia sangat kuat dan tabah dalam menghadapi perpisahan tersebut kerana dia bukanlah ‘boneka’ yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh mana-mana lelaki.
“Sebenarnya melalui lagu ini, saya mewakili mana-mana pihak yang ditinggalkan oleh kekasih mereka, tidak kira untuk wanita mahupun lelaki,” katanya.
Lagu ‘Boneka’ kini boleh dimuat turun di penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Manakala video lirik dan muzik lagu ‘Boneka’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. – KopiPlanet.com
The post Ernie Zakri Tampil Bertenaga Dengan Imej Berbeza Menerusi Boneka appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: