Alya Iman Sahkan Pernah Bertunang Dengan Suami Orang
Pelakon baharu Alya Iman mengesahkan bahawa dirinya pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
Alya menerusi satu kenyataan yang dikongsikan kepada wartawan berkata, dia dan lelaki yang bergelar ahli perniagaan itu bertunang pada bulan Februari lalu.
“Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.
“Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya. Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua,” ujarnya.
Sebelum ini, seorang wanita telah mendakwa Alya yang juga anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu telah menjalinkan hubungan dengan suaminya selama setahun.
> Baca: Nabil Ahmad Hulur Bantuan Rakan Sekampung Menganggur Lepas PKP
Dalam pada itu, Alya memberitahu bahawa pada bulan Mac, dia telah memutuskan tali pertunangan setelah mengetahui kewujudannya tidak diketahui dan dipersetujui isteri lelaki berkenaan.
“Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana berasa bersalah. Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Alya mohon doa, sokongan dan dokongan semua pihak agar perkara ini dapat Alya tempuhi dengan baik. Sesungguhnya
“Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka. Pada waktu ini, Alya telah meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan usaha Alya untuk menjadi insan yang lebih baik,” ujarnya.
Alya mula dikenali ramai setelah berlakon dalam drama bersiri Senafas Rindu dan telefilem Lelaki Kelas Sebelah pada tahun lalu. – KopiPlanet.com
The post Alya Iman Sahkan Pernah Bertunang Dengan Suami Orang appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: