(Video) Cara Nak Hilangkan Kesan Hitam Pada Seterika Guna 5 Bahan Ini, Mudah & Murah
Pernah tak, tengah korang kelam kabut mengejar masa, ketika itulah baju terbakar terkena seterika? Belum cukup stress kerana terlewat dan baju koyak, ada pula tompokan hitam pada peralatan elektrik itu.
Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Berikut adalah lima cara mudah yang boleh korang gunakan untuk hilangkan kesan hitam terbakar pada seterika, sama ada seterika biasa atau jenis wap.
1. Guna paracetamol
Pertama, panaskan dan tutup suis, palam atau plug seterika. Kemudian, dengan berhati-hati gunakan paracetamol untuk mengikis kesan hitam pada permukaan seterika. Lap dengan kain untuk menanggalkan kesan tersebut.
Panadol boleh dibeli di Watson.
Anda boleh lihat caranya di sini;
2. Guna cuka untuk bersihkan lubang wap seterika
Untuk seterika wap, isikan ruang air dengan cuka dan biarkan ia panas. Kemudian, tekap seterika ke atas kain yang tidak ingin digunakan lagi dan tekan butang wap. Gosok seperti biasa sambil menekan butang wap.
Lakukan proses ini di atas lantai mozek atau permukaan yang tidak menyerap supaya wap cuka tidak meresap masuk ke dalam sebarang permukaan yang anda gunakan.
Cuka boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.
3. Baking soda
Setelah bersih lubang wap, anda boleh menggunakan baking soda untuk menghilangkan kesan terbakar. Cara ini boleh digunakan untuk kedua-dua jenis seterika biasa ataupun jenis wap.
Caranya, sediakan beberapa lapisan kain lembap dan letakkan span di atasnya. Tabur baking soda dan gosok permukaan seterika yang panas ke atas serbuk tersebut. Hati-hati kerana span dan kain akan menjadi sangat panas apabila terkena seterika.
Kemudian, cabut plug dan biarkan seterika sejuk. Lap kotoran hitam pada permukaan seterika dengan kain kering atau putik kapas pada lubang wap.
Akhir sekali untuk seterika wap, isi tangki dengan air, panaskan dan sembur wap untuk bersihkan sisa baking soda di dalam lubang wap.
Baking soda boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.
4. Krim Cif dan span magik
Bagaikan magik, krim Cif boleh membersihkan banyak permukaan. Dari hilangkan kesan contengan pada dinding hingga kotoran pada sinki, ia juga boleh menyelamatkan anda dari kesan hitam pada seterika.
Caranya mudah sahaja. Sental krim Cif pada permukaan seterika anda menggunakan span magik. Buat sehingga kesan hitam hilang. Sekarang anda boleh tersenyum lega.
Krim Cif boleh dibeli di Shopee dan LAZADA, span melamin juga boleh di beli Shopee dan LAZADA.
5. Garam kasar
Bukan sahaja untuk murah, cara ini juga antara yang paling mudah untuk menanggalkan kotoran pada seterika anda.
Tabur garam ke atas tisu dapur. Pasang seterika pada kepanasan maksimum dan gosok ke atas garam tersebut.
Setelah beberapa minit, anda akan mendapati kesan hitam pada seterika anda tertanggal dan ia menjadi bersih serta merta.
Garam kasar boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.
Mudah, kan? Kalau anda telah cuba atau ada cara lain untuk hilangkan kesan hitam terbakar pada seterika, sila kongsikan pada ruangan komen. Selamat mencuba!
Sumber: Youtube
The post (Video) Cara Nak Hilangkan Kesan Hitam Pada Seterika Guna 5 Bahan Ini, Mudah & Murah appeared first on Siakap Keli.
No comments: