(Video) Akui Pemandu Tidak Sengaja, Kumpulan Swift Tampil Mohon Maaf
Syarikat logistik, Kumpulan Swift Malaysia membuat permohonan maaf atas tindakan salah seorang pemandu lorinya yang memandu dalam keadaan melawan arus baru-baru ini.
Swift dalam satu kenyataan mendakwa, kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan pelabuhan di Klang, Selangor itu berlaku di luar jangkaan.
“Pemandu lori tidak sengaja memandu ke arah lorong yang bertentangan dan tidak dapat berundur atau membelok kembali.
“Oleh itu, dalam keadaan panik pemandu tersebut terpaksa memandu terus dalam kadar yang laju untuk kembali ke lorong yang betul,” kata kenyataan tersebut, semalam.
Difahamkan, selepas kejadian itu, pemandu lori berkenaan kembali ke pejabat Swift dan membuat laporan.
“Ujian dadah telah dilakukan pada hari yang sama oleh pegawai Swift dan hasilnya adalah negatif.
“Siasatan juga telah dilakukan dan tindakan disiplin telah diambil terhadap pemandu tersebut,” tambah kenyataan itu lagi.
Swift menegaskan bahawa keselamatan awam adalah salah satu keutamaan syarikat, di samping turut memandang serius akan setiap aduan yang diterima.
“Sekali lagi, kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berpunca daripada insiden ini,” jelasnya.
Baru-baru ini, tular satu rakaman yang memaparkan sebuah lori yang dipandu melawan arus dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rakaman dashcam kes sebuah lori haulier melawan arus di Pulau Indah Port Klang pada petang tadi..#inforoadblock
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, June 23, 2020
Walau bagaimanapun, pihak Swift Group Malaysia telah tampil memohon maaf atas kejadian tersebut dan mengakui pemandu tersebut tidak sengaja.
Swift Group Apologise For Incident – Swift Lorry Driver Mistook Lane Against The Traffic FlowKumpulan Swift Mohon Maaf…
Posted by Swift Group Malaysia on Thursday, June 25, 2020
Sumber: Swift Group Malaysia, Info Roadblock JPJ/Polis
The post (Video) Akui Pemandu Tidak Sengaja, Kumpulan Swift Tampil Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.
No comments: