Ads Top

Kerajaan Benarkan ‘Fitting’ Pakaian Termasuk Kasut Di Premis Perniagaan – Ismail Sabri

Putrajaya, 26 Jun- Kerajaan membenarkan pengunjung untuk mencuba pakaian dan kasut di premis perniagaan berikutan tiada kes positif COVID-19 di pasaraya.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, kerajaan telah mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung hal itu.

“Hari ini mesyuarat berbincang, mendengar permohonan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan telah mendapat nasihat KKM, tiada isu COVID-19 positif di kompleks beli belah setakat hari ini, mesyuarat hari ini bersetuju membenarkan fitting pakaian termasuk kasut di premis-premis menjual pakaian siap.

“Jadi bolehlah kita nak mencuba baju baru kita beli di fitting room dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan wartawan sebentar tadi.

Pun begitu, beliau menggalakkan orang ramai memakai stoking sendiri ketika mencuba kasut di premis perniagaan.

“Cuma untuk kasut, kita galakkan kalau boleh gunakan stoking, jangan stoking yang dikongsi di kedai-kedai kasut,” katanya.

Jelasnya lagi, kerajaan membenarkan tukang jahit untuk mengukur baju pelanggan secara individu.

Ucapan bermula pada minit 18.30.

Sidang Media PKPP | 26 Jun 2020

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 26 Jun 2020

Posted by Bernama TV on Thursday, June 25, 2020

Sumber: Bernama tv

The post Kerajaan Benarkan ‘Fitting’ Pakaian Termasuk Kasut Di Premis Perniagaan – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.