Ads Top

Kalau Dulu Imam Ingatkan Makmum Rapatkan Saf, Kali Ini Renggangkan Saf Untuk Jaga Jarak – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Perutusan Khas Aidilfitri sempena berakhirnya ibadah puasa di bulan Ramadan dan umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada esok hari (Ahad, 24 Mei 2020).

Dalam perutusan tersebut mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia, sambutan Aidilfitri kali tentunya berbeza kerana kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Muhyiddin turut mengingatkan umat Islam untuk menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menunaikan solat Aidilfitri di Masjid. Jaga jarak, guna cecair pembasmi kuman dan tidak perlu bersalam-salaman.

Kalau dahulu, Imam akan pesan rapatkan saf sebelum solat, kali ini tidak lagi. Imam perlu ingatkan makmum untuk renggang-renggangkan saf untuk menjaga penjarakan sosial.

Perutusan Khas PM | 23 Mei 2020

Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 Mei 2020

Posted by Bernama TV on Saturday, 23 May 2020

Sumber: Perutusan Khas Aidilfitri, Perdana Menteri Malaysia

The post Kalau Dulu Imam Ingatkan Makmum Rapatkan Saf, Kali Ini Renggangkan Saf Untuk Jaga Jarak – PM appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.