Apa Yang Dimaksudkan Dengan Hadis Baginda Mengetatkan Kain Pada 10 Malam Terakhir
Apabila masuknya sepuluh malam terahir, pastinya kebanyakan daripada kita akan memperbanyakkan amalan melebihi kebiasaan.
Peluang yang diberi untuk merasai sepuluh malam terakhir Ramadan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kita melihat banyak di kalangan kita yang tidak sempat mengakhiri Ramadan kerana telah dipanggil Ilahi terlebih dahulu.
Justeru, sebagai muslim yang sentiasa mencuba untuk memperbaiki diri sendiri, pastinya anda tidak akan mensia-siakan peluang tersebut dan beramal sebaik mungkin.
Memburu Lailatul Qadar merupakan perkara utama dalam bulan Ramadan. Ia adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan hanya dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW sahaja.
Disebabkan itu, kita melihat banyaknya panduan dan bekalan yang diberikan sebagai pemangkin semangat kita untuk beramal.
Baginda SAW juga diriwayatkan akan melipatgandakan ibadah pada sepuluh malam terakhir itu, biarpun Baginda merupakan seorang kekasih Allah.
Hal ini kerana, Baginda tahu akan besarnya kemuliaan malam Qadar itu buat sesiapa yang berjaya meraihnya. Terdapat sebuah hadis masyhur yang menyebut akan kesungguhan Baginda dalam beribadah, iaitu;
Ùƒَانَ النَّبِÙŠُّ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ø¥ِذَا دَØ®َÙ„َ الْعَØ´ْرُ Ø´َدَّ Ù…ِئْزَرَÙ‡ُ ÙˆَØ£َØْÙŠَا Ù„َÙŠْÙ„َÙ‡ُ ÙˆَØ£َÙŠْÙ‚َظَ Ø£َÙ‡ْÙ„َÙ‡ُ
Maksud: “Nabi SAW apabila masuknya hari 10 malam terakhir Ramadan, Baginda SAW akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2024)
Walau bagaimanapun, berkenaan frasa ‘mengetatkan kain’ – terdapat beberapa khilaf ulama dalam penafsiran ayat tersebut, iaitu;
#1 – Ungkapan Kinayah
Jumhur ulama berkata bahawa ia adalah bersifat kinayah. Kinayah merupakan maksud tersirat, iaitu dengan menyembunyikan makna asal dan menzahirkan makna tersirat.
Mengetatkan kain di sini diungkapkan dengan makna tersirat yang membawa maksud bersungguh-sungguh. Dalam hal ini disebutkan bahawa Baginda SAW menunjukkan kesungguhan di dalam ibadatnya pada 10 malam terakhir.
Ia juga adalah berdasarkan sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad:
Maksud: “Pada 20 hari yang awal, Nabi SAW akan mencampurkan malamnya dengan tidur dan solat. Apabila masuk 10 malam terakhir, Baginda akan bersungguh-sungguh dan mengetatkan kainnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, 24390)
#2 – Baginda Tidak Menggauli Isteri-Isterinya
Sebahagian ulama lagi berpendapat bahawa frasa ‘mengetatkan kain’ adalah bersamaan dengan perbuatan tidur bersama isteri-isterinya.
Sebahagian ulama seperti Sufian al-Thauri dan ditarjihkan oleh Ibnu Rajab Al-Hanbali berpendapat bahawa – Baginda SAW akan menjauhi tempat tidur dan tidak menggauli isteri-isterinya pada 10 malam terakhir Ramadan.
Baginda akan fokus kepada amal ibadah untuk mencari Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid dan mengajak ahli keluarganya untuk sama-sama menunaikan solat malam dengannya.
Melalui sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali RA:
Maksud: “Nabi SAW apabila sampai 10 malam terakhir daripada Ramadan, Baginda akan mengetatkan kain dan menjauhi isteri-isterinya.” (Hadis Riwayat Baihaqi, no. 8825)
Kesimpulan
Tuntasnya, dapat kita lihat di sini bahawa frasa ‘mengetatkan kainnya’ membawa dua maksud tetapi di akhirnya merujuk kepada perkara yang sama, iaitu memfokuskan kepada ibadah untuk meraih Lailatul Qadar.
Wallahu a’alam.
Rujukan:
Mufti Wilayah
No comments: