Ads Top

Aktiviti Di Arab Saudi Akan Kembali Seperti Biasa Bermula 21 Jun

Arab Saudi akan mula melaksanakan peraturan baru bagi berhadapan dengan ancaman Coronavirus bermula Khamis ini. Kerajaan itu sebelum ini turut menjalankan perintah kawalan pergerakan seperti di negara-negara lain yang terkesan dengan ancaman pandemik tersebut.

Bermula 31 Mei (8 Syawal) sehingga 20 Jun (28 Syawal), solat Jumaat dan solat Jemaah di semua masjid di Arab Saudi akan dibenarkan kecuali di Kota Suci Mekah, dengan mengambil langkah berjaga-jaga.

Walau bagaimanapun langkah keselamatan seperti penjarakan sosial tetap akan dilaksanakan. Waktu untuk pergerakan dibenarkan bermula 6 pagi hingga 3 petang di semua kawasan di Arab Saudi kecuali di Mekah.

Manakala kesemua aktiviti di negara itu akan kembali berjalan seperti biasa sebagaimana sebelum ancaman Covid-19 bermula 21 Jun hadapan.

Arab Saudi juga akan menarik semula penggantungan pergerakan ke tempat kerja. Pekerja-pekerja di kementerian, sektor kerajaan serta swasta dibenarkan kembali bekerja di pejabat seperti biasa.

Selain itu, penerbangan domestik juga dibenarkan manakala penerbangan antarabangsa masih lagi digantung sehingga notis pada masa hadapan.

Sumber:
Haramaininfo




No comments:

Powered by Blogger.