8 “Contents” Sepatutnya Ada Dalam Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja
Dalam memohon mana-mana tempat kerja, perkara wajib yang kita perlu sediakan adalah resume.
Sesetengahnya pula memerlukan Curriculum Vitae (CV) sebagai rujukan yang lebih terperinci mengenai diri kita.
Tapi adakah anda tahu, kebanyakan permohonan kerja sering ditolak oleh pihak sumber manusia (HR) hanya kerana kesilapan yang ada dalam resume?
Realiti ini dibahaskan oleh seorang warga Twitter, Freaky Putra tentang tips menyediakan resume yang sempurna dan tepat seperti apa yang syarikat mahukan.
Jom baca bebenang ini satu persatu.
Sejak 2008, dah beratus resume aku pernah dapat.
Ada resume yang bagus, memang solid gila content dalam resume tu. Tapi, majoriti resume yang aku dapat, semuanya macam tak siap. Nampak macam tak serius nak cari kerja.
So, izinkan aku share personal tips untuk tulis resume ya?
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Ok guys, let’s start.
Apa content yang sepatutnya ada dalam resume?
1. Contact details
2. Profile summary
3. Pengalaman bekerja
4. Skil berkaitan industri
5. Education, sijil & lesen berkaitan
6. Tarikh mula bekerja
7. Achievement atau projek berkaitan
8. Sumber rujukan— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Content lain yang korang boleh masukkan dalam resume.
Maksudnya, tak wajib pun letak tapi mungkin membantu kalau letak.1. Gambar
2. Expected salary
3. Physical stats
4. Interest / hobi
5. Aktiviti(tolong suggest kalau ada lagi)
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Ada sesetengah calon meletakkan gambar pasport mereka dalam resume.
Ia tidak menjadi kesalahan untuk letakkannya ataupun tidak.
Cuma, ada yang berpendapat, lebih baik jangan letak supaya syarikat tidak terlalu menilai dari segi rupa pada peringkat awal.
Jom aku explain lagi detail pasal content yang sepatutnya ada dalam resume. Boleh baca sebagai rujukan, dan korang boleh guna mana-mana point yang korang rasa sesuai.
Let's go!
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Perkara WAJIB yang perlu ada dalam resume
#1 Contact Details
– create a professional email
– jangan letak tarikh lahir dalam emailAddress
– cukup sekadar Shah Alam, Selangor
– tak perlu alamat penuh, nak suruh hantar kad raya ke?Phone
– letak kod +60 untuk Malaysia
– Jangan letak no parents! Grr— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Penulis pernah terbaca, risiko meletak maklumat tarikh lahir atau umur dalam resume adalah dibimbangi akan berlaku diskriminasi kelayakan berdasarkan peringkat umur.
Sebagai contoh, sebuah syarikat IT memerlukan pekerja berpengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun dalam bidang tersebut.
Ada dua orang calon yang bersaing, iaitu calon A berumur 30 tahun, bukan lulusan IT dan hanya berpengalaman ‘tipis’ kerja dalam bidang IT selama dua tahun (mungkin dalam skop kerja yang mudah, bukan profesional).
Manakala seorang lagi, calon B berumur 25 tahun, lulusan graduan bidang IT dan telah mula bekerja di sektor IT dalam bahagian profesional sejak tamat belajar pada tiga tahun lalu.
Kalau ditapis secara kasar hanya melalui umur (semata-mata), nampaknya calon A kelihatan lebih berpengalaman kerana faktor usia sedangkan yang lebih tepat adalah calon B.
(sambung)
Online Presence
– boleh letak link ke LinkedIn profile
– customize la url LinkedIn profile tu, google sendiri
– kalau ada link website personal, lagi power!
– geng design, wajib ada online portfolio!!— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Online presence ini penting kerana pihak syarikat akan melihat terus hasil kerja kita, bukan sekadar menilai daripada resume dan temuduga semata-mata.
Ada calon yang nampak gah dalam resume, juga kelihatan bergaya dan petah berkata-kata ketika temuduga, tetapi tidak semestinya hasil kerjanya ‘seiring’ dengan apa yang dia katakan.
Sebab itu segala portfolio perlu disediakan secukupnya untuk membuktikan pada syarikat bahawa kita memang layak bekerja di situ, sekiranya bertepatan dengan kehendaknya.
Selain itu, penulis pernah terbaca, satu lagi online presence adalah media sosial kita; Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.
Ada syarikat yang akan menilai bagaimana peribadi kita dalam media sosial melalui apa yang kita tulis, kongsi, gambar yang dimuat naik, penggunaan bahasa dan sebagainya.
#2 Profile Summary
Share(atau gebang) la sikit story pasal korang. Jangan panjang sangat, jangan pendek sangat. Part ni, kalau korang tak sure nak tulis macam mana, boleh google je dulu. Atau, usha la profile LinkedIn orang lain. Tiruvasi please, jangan la tiru bulat-bulat.
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
#3 Pengalaman Bekerja
Fresh grads, don't worry. Highlight your internship experience. Korang boleh masukkan projek yang korang handle masa tengah intern. List skill yang korang guna masa handle projek tu. Lagi power kalau korang masukkan sekali achievement masa internship.
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
(sambungan)
Kalau ada yang buat kerja part time masa tengah study, masukkan sekali. Tapi, kalau tak relevan dengan kerja yang korang nak apply, mungkin patut fikir 2-3 kali dulu.
Yang penting, susun pengalaman korang mengikut timeline paling latest ke yang paling lama.
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Pengalaman kerja juga penting kerana syarikat akan menilai awal, sejauh mana pengetahuan kita dalam satu-satu kerja itu.
Umum mengetahui, pada zaman kini, pengalaman kerja lebih dipandang berbanding taraf pendidikan.
Tapi seperti kata Freaky Putra, pastikan letak pengalaman kerja yang berkaitan sahaja.
#4 Skil Berkaitan Industri
Korang pernah tengok tak iklan kerja kat LinkedIn? Setiap iklan tu ada letak skil apa yang wajib ada untuk vacancy. Kesimpulannya, korang kena la tahu kerja apa yang korang nak apply tu. Employer akan tengok sama ada skill tu relevan tak untuk projek.
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Bagi calon fresh graduate, lagi cantik kalau calon itu berpeluang menjalani latihan industri dalam bidangnya sendiri, serta selari dengan bidang kerja yang dimohon.
Mungkin agak banyak pengalaman yang ditimbanya sepanjang sesi tersebut, sekaligus terus boleh diamalikan dalam kerjayanya di syarikat itu.
(sambungan)
Susun skil korang dari yang paling power kepada yang paling tak power. Lagi satu, tak perlu nak buat meter % kat setiap skil ni. Cukup sekadar tulis: Learning, Beginner, Intermediate, Advance.
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
#5 Education Background
Masukkan info kolej/uni yang korang pergi.
Letak tahun grad, level of education, nama course.
Kalau ada sijil/ lesen berkaitan, letak info yang sama.Kalau CGPA power, show off la.
Kalau CGPA tak power, sorok macam aku buat.— FP (@freakyputra) May 29, 2020
#6 Tarikh Mula Bekerja
Part ni paling senang kerja aku nak filter resume. Kalau aku nak hire cepat, siapa letak available in 3 months time, memang aku simpan tepi terus. Aku fokus pada yang boleh start immediately.
Tapi, tak semua company macam aku.
Aku je yang gelojoh kot.— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Calon perlu jelas dengan matlamatnya sendiri; waktu bila untuk dia mula bekerja di syarikat tersebut.
Meletakkan anggaran (jika boleh masa yang tepat) boleh mula bekerja di resume sangat membantu untuk syarikat menetapkan tempoh bersedia.
#7 Achievement / Projects
Pernah dapat award? Letak.
Pernah menang competition? Letak.
Pernah masuk suratkhabar? Letak.
Handle projek power masa belajar? Letak.
Handle projek juta masa kerja? Letak.
Projek ko bantu Malaysia? Letak.— FP (@freakyputra) May 29, 2020
#8 Sumber Rujukan
Untuk fresh grads:
Boleh letak 1 nama lecturer yang korang rasa power. Tapi, kalau power tak kamcing, elakkan la. Nanti dia spill tea baru korang taw. Boleh letak nama supervisor masa korang buat internship jugak.— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Boleh sahaja letak dua atau tiga senarai rujukan yang dipercayai.
(sambungan)
Untuk yang dah bekerja:
Boleh letak nama direct supervisor korang.
Kalau korang rapat dengan higher management, lagi power.
So, jaga la relationship dengan boss korang masa kerja.
Tak perlu jadi kaki bodek, buat je kerja elok-elok.— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Pesanan buat calon yang bakal bekerja,
“Jaga relationship dengan boss masa kerja. Tak perlu jadi kaki bodek, buat sahaja kerja elok-elok,”
Perkara TIDAK WAJIB ada dalam resume
Sekarang aku nak sentuh content dalam resume yang tak wajib ada plak. Kalau ada, mungkin membantu atau bagi extra points.
#1 Gambar
Kalau nak letak gambar passport kesayangan korang tu, tolong la make sure gambar tu tak nampak macam orang kena tangkap polis. Senyum la sikit.
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
#2 Expected Salary
Yang ni pun berisiko jugak. Risau bajet company tu RM10K, tapi kau dah letak RM6K, memang confirm la dia panggil ko untuk interview session.
Tapi, kalau bajet company tu RM4K, ko plak letak RM6K, ada 50-50 chance company tu akan call. Aku ada experience ni.
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Salah satu tips yang penulis pernah dapat mengenai expected salary adalah calon kena ambil tahu kadar gaji semasa bagi sektor-sektor tersebut.
Selain itu, perbezaan jumlah gaji juga mengikut tingkatan kerja.
Calon wajib study terlebih dahulu, berapa anggaran gaji untuk pekerja bagi peringkat lulusan sarjana muda sepertinya.
#3 Physical Stats
Yang ini terpulang pada kerja yang korang nak apply. Tak penting pun nak letak weight, height, etc. Lain la kalau aku ni dari company modelling atau nak cari stewardess. Macam aku cakap, bergantung pada kerja tu la.
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
#4 Interest / Hobby
Nampak macam remeh, tapi penting jugak point ni. Tapi, korang masukkan la interest/hobi yang mungkin akan bagi impact atau added value kat company tu. Yang penting sekali, benda tu relevan dengan job yang korang nak apply.
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Jika calon itu merupakan graduan lulusan komunikasi penyiaran dan hobi pula adalah suka merakam serta menyunting video, maka ia sangat sesuai untuk diletakkan dalam resume.
Syarikat akan lebih yakin untuk terima mereka bekerja kerana sudah tahu, calon itu mampu mengaplikasikan hobinya sendiri ke dalam tugasan kerja yang diberi.
#5 Aktiviti
Untuk fresh grad, korang show off la korang pernah join persatuan apa, pegang jawatan apa, aktiviti dalam persatuan tu. At least, nampak la jugak korang ni 'manusia' yang bukan sekadar nak score exam je.
Kalau ada aktiviti berkaitan politik atau sensitiviti, jangan!
— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Sebab itu ketika di universiti, siswa amat digalakkan untuk menjadi seorang yang aktif; sama ada terlibat dengan kepimpinan persatuan mahupun aktif menyertai pelbagai program sebegai peserta.
Semua penglibatan tersebut amat bernilai dan membantu membentuk multi tasking serta pengalaman siswa.
Okay, aku dah share benda paling basic yang patut ada dalam resume. Kalau ada yang kurang, mohon tambah dalam komen untuk rujukan orang lain. Kalau ada yang tak betul, tolong betulkan.
Harap membantu.
Enjoy your weekend!— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Guys, let's connect out of twitter?
LinkedIn: Firdaus Putra FP
Instagram: @freakyputraSorry, Facebook dah berhabuk.
Youtube malas nak buat lagi.— FP (@freakyputra) May 29, 2020
Additional point:
Guys, it is not necessary to have these details on your resume. Please take note.https://t.co/QMn5vrvB4N
— FP (@freakyputra) May 30, 2020
Also, please prioritize the content in your resume. As many have pointed out, HR/recruiter/hiring manager are busy people and they usually focus on the important points 1st.
— FP (@freakyputra) May 30, 2020
Another clarification:
What I meant by 'gebang' is to sell your best traits on the resume, not to make up stories of things you are not capable of just to sell yourself ya?https://t.co/H9yFXClqCQ
— FP (@freakyputra) May 30, 2020
Lastly, all these pointers about your resume is debatable. It is very subjective based on the industry and the people reviewing it.
Kalau yang tersilap atau pandangan berbeza, mohon betulkan dan saya akan share untuk rujukan semua.
— FP (@freakyputra) May 30, 2020
Ringkaskan kembali, terdapat lapan (8) perkara wajib ada dalam resume, iaitu:
- Maklumat kontak
- Pengenalan diri
- Pengalaman bekerja
- Kemahiran berkaitan industri
- Latar belakang pendidikan
- Pengalaman bekerja
- Pencapaian
- Sumber rujukan
Seterusnya, terdapat lima (5) perkara yang tidak wajib ada dalam resume, tapi jika ada ia mungkin membantu, iaitu:
- Gambar
- Gaji anggaran
- Maklumat fizikal
- Hobi / minat
- Aktiviti
Sudah jelaskan?
Sila perkemaskan semula resume anda, mana tahu selepas pergi temuduga, anda adalah calon yang mereka cari?
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Sumber: Twitter
The post 8 “Contents” Sepatutnya Ada Dalam Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja appeared first on Siakap Keli.
No comments: