Ads Top

Warga Emas Terkurung Dalam Rumah Lepas Rumah Dipercayai Dimasuki Pencuri

Susulan daripada penularan wabak pandemik Covid-19, kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi meminimakan pergerakan orang awam supaya dapat membendung penularan wabak ini daripada menjadi tidak terkawal.

Walau bagaimanapun, PKP ini dilihat memberi pelbagai impak terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah serta yang hanya mengharapkan gaji harian serta bantuan daripada institusi zakat dan kerajaan.

Pun begitu, sedang pihak berkuasa sibuk dalam memastikan PKP ini dipatuhi rakyat, penjenayah dilihat mengambil kesempatan ini untuk melakukan jenayah.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh Penang Kini, seorang warga emas yang tinggal sebatang kara di rumahnya yang terletak di Kampung Titi Teras, Balik Pulau, telah menjadi mangsa jenayah yang dilihat agak kejam itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Sedih tengok Makcik ni dalam masa musim PKP wabak Covid-19 la ni.

Cuma nak pesan, jiran-jiran, pantau la tengok la orang sekeliling. Ada yang dah berapa hari tak makan, makcik ni sampai terkunci dari dalam rumah.

Makcik ni duk sebatang kara, pencuri masuk rumah curi tong gas. Dia tutup pintu rumah dia, tindih dengan barang-barang berat. Last-last dia tak larat nak tolak balik. 4 hari tak boleh keluar rumah. Kesian.

Lokasi di Kampung Titi Teras, Balik Pulau. Mohon perhatian pihak berkuasa, pemimpin tempatan, YB dan orang Politik kot boleh bantu makcik ni.

Sumber: Penang Kini

The post Warga Emas Terkurung Dalam Rumah Lepas Rumah Dipercayai Dimasuki Pencuri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.