Ads Top

Walau PKP Tamat, Perhimpunan Melibatkan Ramai Orang Tidak Dibenarkan – Ismail Sabri

Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan pada 14 April ini, rakyat masih tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhimpunan melibatkan ramai orang serentak dalam satu masa. (Rujuk video minit 20.38)

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media Perkembangan PKP sebentar tadi.

Kata Ismail, terdapat SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat bagi mengelakkan penularan Covid-19 di negara ini sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya.

”Walau PKP ditamatkan, tetapi rakyat tidak boleh terus bebas seperti biasa, SOP tertentu mesti juga dipatuhi.

”Sebagi contoh, perhimpunan yang besar tidak dibenarkan walaupun PKP telah pun ditamatkan. Ada cadangan konvokesyen dan sebagainya, pun kita tidak dibenarkan.

”Apa-apa aktiviti yang menghimpunkan ramai orang serentak dalam satu masa tidak dibenarkan,” tegas beliau.

Sumber: Sidang Media Perkembangan PKP

The post Walau PKP Tamat, Perhimpunan Melibatkan Ramai Orang Tidak Dibenarkan – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.