Ads Top

Chiang Mai Sedang ‘Dijilat’ Api, Banyak Haiwan Liar Jadi Mangsa Maut Dalam Kebakaran

Tanpa kita sedar, di negara jiran sedang mengalami musibah kebakaran hutan di Chiang Mai, Thailand. Habis ribuan haiwan liar terbunuh dan cedera akibat terkena percikan api yang membara di kawasan hutan tersebut.

Susulan daripada itu, menurut ahli kerajaan di negara tersebut, Chatchawan Thongdeelert berkata jika ramai pihak tidak membantu menangani masalah ini, keadaan ini mungkin berlarutan hingga Mei nanti.

Pada masa ini, lebih 20 daerah telah melaporkan kes kebakaran ini termasulah yang paling ketara adalah di Doi Suthep bersebelahan dengan Chiang Mai City. Sekurang-kurangnya lima orang telah terkorban ketika cuba memadam api.

Menurut laporan, kesan daripada kebakaran tersebut kualiti udara di Chiang Mai dan Chaing Rai kini menjadi antara yang paling teruk di dunia.

Chatchawan menyifatkan faktor pemanasan global dan petani, terutamanya yang dikendaliakn oleh firma pertanian besar, yang terlibat dalam pembakaran tanaman terbuka.

Seperti foto yang dikongsikan di laman Facebook rata-rata menyentuh perasaan semua orang di dunia yang melihat keadaan mereka di sana.

Ini antara haiwan yang berjaya diselamatkan semasa kebakaran berlaku di Chiang Mai.

Katanya lagi, mereka akan berusaha untuk dapatkan bantuan daripada kerajaan besar kerana di sana masih tidak dibantu oleh agensi tempatan dan takut masalah akan berulang setiap tahun.

 

Sumber: Khaosod English

The post Chiang Mai Sedang ‘Dijilat’ Api, Banyak Haiwan Liar Jadi Mangsa Maut Dalam Kebakaran appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.